mek da ©™

Dear diary, 

Nak share dapur mek da yang bertemakan pinky-pinky.. dapur biasa-biasa, maklum la rumah sewa hihihi. Barang-barang dapur pun yang murah-murah jekkk... kakaka.. all from kedai rm2, eco, kaison & mrDIY. Walaupun beli kat kedai gitu-gitu je.. banyak duit melayang kuikuikui. Sebenarnya bukan deco apa pun sangat, just nak kasi nampak ceria je sikit.. highlight dengan pink colour nih.


Jauh di sudut hati dok pikir bila la boleh dapat rumah sendiri, rumah baru, dapur baru bla bla bla.. impian mek untuk ruang dapur yang baru nanti ialah bertemakan all white...cun nya haihhh


Bersyukurlah dengan apa yang ada.. iye dok? Alhamdulillah :)

Till then, mekda.

Labels: , 0 comments |
mek da ©™

Dear diary, COLEK! Tak mahu citer panjang lebar lagi tentang colek sebab aritu dah membebel pasal colek nih kikiki..........

Colek kerang, colek buah... morih morih di Norhakimi Seafood, Kangkar Tebrau JB.



Kuah colek buah dio sedak sengoti adik kakokkk.. 


Boleh kunjungi Restoran NorHakimi Seafood Di Medan Selera Kangkar Tebrau, JB.





Till then, mekda.

Labels: 1 comments |
mek da ©™
Dear diary, 
Arini nak citer pasal cara-cara nak buat Agar-agar Santan Gula Melaka.
Haa gituu... sedap dimakan di bulan Ramadan kehkeh :p



Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan)
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 250 gm)
  • Sedikit gula pasir sekiranya perlu
  • 200-250 ml santan pekat (1 cawan) 
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula melaka dan simpulan daun pandan hingga gula larut dan tapis. Pastikan jumlah air gula ni menjadi 1 liter ye sebab kadang-kadang jumlah air menjadi kurang ketika proses yang agak lama ketika melarutkan gula Melaka. Kalau kurang, tambah lagi air supaya menjadi 1 liter kembali.
  2. Masak air gula yang telah ditapis bersama serbuk agar-agar hingga larut.
  3. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. 
  4. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
  5. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan lagi sedap di makan ketika sejuk sebenarnya kan hihi...


Till then, mekda.

mek da ©™

Dear diary, selamat hari raya! Eh.

kikiki.. ini bukan post menunjuk okeh cuma untuk tatapan peribadi di masa hadapan gitu kehkeh. Ingat dulu-dulu kite kan suka apdet pasal barang raya kat blog cuma sekarang2 ni je suram sikit.. tu la kali ni mcm nak post pulak kohkoh.. handbag dan kasut raya gitu... 

Sebenarnya dah lama mengidam handbag carlo rino seperti corak di atas.. corak signature carlo rino kalo tak silap... bertemakan summer.. 


... dan akhirnya ko milikku kehkeh. Henbeg carlo rino yang ke empatku...eleh baru 4? kuikui

 Boleh jugak cuci mata kat sini 



Beli kat JPO baru-baru ni.. ok la walaupun bukan yang new arrival :P


Nih pulak henbeg kecik comel lote anak dara mek da yang punya kihkih... mak yg geram & excited tgk henbeg comel2 nihhh


hadiah raya merangkap hadiah bufday untuk my mum.. 


selipar raya mek da.. simple jee.. vincci huhu


selipar raya abang kaka a.k.a anak bujang .. harga lebih mahal dari selipar mak wakakaka


selipar raya anak dara si mek.. harga sama ngan selipar mak


hadiah raya merangkap hadiah bufday untuk my abah... 

alahh.. kasut raya laki mek je lupa nak snap gambo...tuan dia dah perap dalam kete kasut raya dia tu hahahah.... lebih kurang mcm ginilah kasut dia... siap google tu hahahahha.. sila bertabah bila anda sedang membaca post ini huhuhu



ok dah boleh raya hihi 

till then, mekda.

Labels: , 0 comments |
mek da ©™

Dear diary, bulan puasa ni mek buat stok Puding sagu gula melaka banyak-banyak dan simpan dalam fridge. Sejuk.. sedap dimakan. Untuk memudahkan, letak dalam TIPUware kecik-kecik.. kalo rasa nak makan je curah susu cair & gula melaka dalam sagu yang dah dimasak dan disejukkan tu..uuu mabelos uollss.

Bahan-bahan:-

1 paket biji sagu  (Lebih kurang 400gm)
4 gelas Air
2 Keping gula melaka
2 Helai Daun Pandan
1 sudu gula pasir
1 Tin Susu cair
Nata De coco sebagai bahan tambahan

Cara Memasak Sagu:-

Didihkan air dan masak biji sagu yang telah dibersihkan dengan air mendidih sehingga warnanya bertukar jernih. Setelah itu, angkat dan cuci hingga hilang kanjinya.

Sejukkan di dalam bekas atau acuan.



Cara Memasak Gula Melaka:-

Didihkan 1 gelas air bersama gula melaka dan letak sedikit gula pasir.  Masak bersama 2 helai daun pandan. Biarkan sehingga gula melaka larut. Jika terlalu pekat boleh tambah lagi air.

Sagu sedia untuk dimakan. Curahkan susu cair bersama gula melaka secukup rasa. Boleh letak nata de coco atau buah koktail jika suka. Simpan sejuk dalam peti ais... mabeloss uolsss.. slruppp..

Till then, mekda.

mek da ©™
Dear diary, arini rajin bebenor mengepost resepi la konon-konon. Lala sambal pecah telur memang menjadi kegemaran mek dulu, kini dan selamanya.. wah gitu! 

Sambal mek tak berapa merah ye.. nampak tak menarik kan.. mek pakai cili kering kelantan so warna dia tak merah sangat.. lagipun tak banyak letak cili kering..yang penting rasa dia sedap ok haha poyo.



Ok mari tengok resepi mana tahu petang ni uolss nak buat kan.. boleh tukar-tukar idea gitu huhu.

BAHAN-BAHAN:

1/2 kg lala

2 biji telur

4 sudu besar cili kering kisar

3 ulas bawang merah (tumbuk)

3 ulas bawang putih (tumbuk)

Sedikit belacan

3 sudu besar air asam jawa




CARA MENYEDIAKAN:

1.Tumis bawang dan belacan hingga naik bau. 

2.Masukkan cili merah kisar. Tumis hingga pecah minyak. 

3.Bubuhkan sedikit gula dan garam. Kemudian masukkan air asam jawa.

4.Masukkan lala. Gaul lagi sehingga lala masak.

5. Akhir sekali pe­cahkan telur, gaul rata. Dah siap!



Till then, mek da.
mek da ©™

Dear diary, hari ni nak share resepi Ayam Percik Kelantan. Bulan-bulan puasa ni pekena ayam percik memang merecik lah ye kuikui. Gambar ayam percik di bawah adalah hasil air tangan encik husband pada hari pertama puasa aritu. Laaaa.. ingat mek yang buat. Pun boleh... kakaka!

BAHAN-BAHAN:
1kg ayam - belah 4

BAHAN PERAPAN:
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2.5cm halia - kisar
Sedikit garam

BAHAN KUAH:
500ml santan
10 ulas bawang merah
2.5cm halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan perap dan perapkan bersama ayam selama 30 minit.
2. Kemudian, bakar ayam yang telah diperap tadi hingga masak. Ketepikan.
3. Untuk membuat kuah; kisar kesemua bahan untuk kuah kecuali santan & asam keping.
4. Kemudian tumis tanpa minyak di dalam kuali hingga garing dan terbit wangi.
5. Masukkan santan, asam keping dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan biar kuah mereneh hingga pekat.
6. Angkat kuah dan tuang di atas ayam. Sedia dihidangkan.



*Tetiba teringatkan ayam percik roundabout Pasir Mas.. dap ohhh

 Till then, mekda.

mek da ©™

Dear diary, Hasil Dari Kebun Kami. 

Cewahhhh... kemain lagi bunyinya tu.. kami.. yg sebenornyaa encik husband je yang gigih menanam. Si mek tukang snap je hahaha.. kira ok la tu kan, at least ada orang apdet perkembangan sayur ni kakakaka!!!

Dalam bulan mac baru ni lah encik husband menunjukkan kegigihan menanam. Duk angkut pasu kat Eco... beli baja macam beli beras hahaha... kiri kanan bawa balik bekas untuk menanam. Bersungguh benor time tu. kuikuikui. Malam-malam tilik hasil tanaman dulu sebelum tido.. bangun pagi siram dulu sebelum g keje.. gini rupanya bila dah minat ye?


Sawi jepun


Tengok tu, siap bertukang buat bangku tempat letak pasu.. nampak tak gigih di situ? :P


Time ni pokok kecik lagi.. ada sawi jepun, terung, cili dan tomato. Yang peliknya, cili ni tak jadi jadi hehe... susah jgk rupanya ek nak tanam cili


Semakin berkembang nampaknya...


Hijau..........


Dah hampir boleh petik ni kuikui


Tang ni yg best, bila hasil tanaman dah menjadi..


Taraaaaaaa... dah besar dan dah boleh petik yahooo..eh si mek pulak yang excited


Sawi pun dah boleh petik.. tak yah tunggu besar sgt.. macam ni pun dah ok..cuci2 dah boleh masak terus. Alhamdulillah, inilah hasil dari kebun kami!


Till then, mekda.

Labels: , , 0 comments |
mek da ©™

Dear diary, bila tiba musim Ramadan mula la teringatkan suasana kampung, lebih-lebih lagi pesta colek iaitu makanan morih yg amat popular di Kelantan katanya... 

Kalo di negeri-negeri lain, may be suram sikit bab-bab colek ni... ada tu memang ada... ia dipanggil sebagai rojak tetapi fenomenanya tak sehebat di Kelantan hikhik. Di kelantan kedai-kedai makan berlumba-lumba menyediakan menu morih ni... harga boleh tahan. 

Di Johor Bahru, si mek ada jugak pusing-pusing mencari tempat menjual 'colek' nih. Kalo ke kedai tomyam yang ownernya orang kelantan, sudah tentu ada menjual colek buah or colek keropok. Itu biasa, hari biasa pun ada. 


Terjumpa satu warung di area Flat Taman Bukit Mutiara, rasanya kedai ni setiap tahun ada menjual pelbagai colek di bulan Ramadan. Peniaganya orang kelantan, boleh lah dari tak de hikhik.

Pelbagai menu colek di jual di sini antaranya Colek buah, colek perut, colek ikan, colek kerang, colek ayam, popia goreng, somtam, tauhu bakar, colek keropok dan kerabu megi. 

Haaa, pada yang rindu nak makan colek macam kat Kelantan tu boleh la feeling-feeling makan colek kat sini ye hikhik.

Ada 2 tempat lagi yg khabarnya ada menjual menu morih nih.. mek belum cuba. Satu di Aurora seafood kalo tak silap dan satu lagi di medan kangkar tebrau. 

Setakat colek keropok tu tak payah la beli, goreng kat rumah je...  tu pun kalo rajin menggoreng hahahaha... 

Boleh rujuk post ni jugak untuk tatapan mata di bulan Ramadan kahkah



Till then, mek da.



Labels: , 0 comments |
mek da ©™




Dear diary, 4/6/2017 our 10th Wedding Anniversary.

Alhamdulillah, another year as husband and wife... had our anniversary iftar at Selera Senibong Seafood, Permas Jaya. Jauh sikit pergi bukak puasa aritu, celebrate la konon uhuk2.

Actually, bukan kunjungan pertama ke restoran ni.. macam dah 2-3 kot, lupa lak. Husband decide nak berbuka di sini, si mek plan nak makan kat J born cafe sebenarnya.. dekat kg melayu je, since belum lagi cuba makan kat situ ehek... tapi tak pe la.. amik angin jauh sikit.. tepi laut bersebelahan Singapore sana.. sampai sini pun dah lewat, jalan jem lagi. Kol 7 baru tercungap-cungap nak oder kihkih... sib baik kat meja disediakan air kosong ngan kurma... :P




Untuk iftar kami order:-

Siakap Stim Limau
Ketam Black Pepper
Udang Butter
Kailan Ikan Masin
Air Kelapa - Papa
Air Tembikai - Mama
Air Laici - Zara
Air Sirap Bandung - Abang Kaka
Air Kosong/Kurma - Free



Tak banyak pun makan, siap leh tapau lagi buat blk rumah.. tak abis huhuhu


Semua sedap... terasa masakannya... 




Kami yang semakin tua hahaha.. semoga hubungan ni berkekalan hingga ke Jannah..aamin YRA


Tq mek zara jadi camerawoman ... patut gambar adik tak de sgt ye.. kecian hihi


Jodoh pilihan Allah tak pernah salah.. Insya Allah


Abang kaka yang tak berhenti makan, dia paling banyak makan nasi... bulan puasa ni makin bulat mama tengok haha...



Haa.. ada pun mek zara kat celah tu kuikui


ok yang ni gambar google


nak nampak kan pemandangan restoran ni aje... tapi skang signboard dah lain... tak sempat nak snap sbb byk sgt kereta kat depan kedai ni... tak kuasa mek huhuhu


kat luar restoran ada jualan macam kat uptown tu


pemandangan malam... seberang sana singapore



Pilihan seafood.. macam-macam hadoo

Alhamdulillah, kenyang. Total makan malam tu RM 175.00 kakaka. Kalo tak kenyang buat-buat kenyang la ye kekekekkekekkek... balik rumah sambung makan :P



Selera Senibong Seafood,
Bandar Baru Permas Jaya.

Open: 4pm - 2am




Till then, mekda 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...