mek da ©™

Dear diary, Tiramisu Kastard. Simple tapi sedap. Senang je nak buat ni. Jom cuba:-


Bahan-bahan:

  • Biskut Marie Perisa Kopi/coklat/original ( Mek guna perisa kopi)
  • 1 tin Susu Cair
  • 1/2 tin Susu Pekat
  • 1 Cawan air
  • 4 sudu Tepung Kastard
  • 1 penutup kecil Esen Vanilla (tak letak pun tak pe)
  • Serbuk milo/nescafe


Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan kecuali biskut & serbuk milo. Gaul  di atas api yang kecil sehingga pekat. Biarkan sejuk seketika. 
  2. Susun biskut marie dalam dulang.
  3. Tuangkan adunan kastard yang dimasak tadi ke atas biskut marie yang disusun sehingga menutupi.
  4. Taburkan serbuk milo/nescafe
  5. Ulang step 2,3,4 sehingga habis adunan kastard tadi.
  6. Simpan dalam peti sejuk 2-3 jam.
Dah siap... !! Hikhik. Senang kan.

Labels: ,
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...