mek da ©™
tak pernah buat nasi kerabu. so ahad aritu try buat nasi kerabu. ekekekeke. ala xcukup bahan pun. suka suki jek buat. huhuhu. ok la, ade la gak rasa nasi kerabu. mek guna pewarna kuning sbb kat umah dh tersedia ade kaler kuning balance buat roti jala aritu. patutnya beli pewarna biru. hai kedekutnya. ekekekekeke... sebenarnya nasi kerabu ade mcm2 jenis. kalo nasi kerabu kuning kena mkn ngan sambal tumis. tapi mek tak buat sambal tumis tu. mkn ngan sambal goreng dan encik budu jek. hahaha.






memula sekali mek goreng kelapa utk dibuat sambalnya. goreng sampai kaler dia bertukar perang tau. jgn guna minyak. grg gitu jek. hihihi.



sambil2 tuh bakar ikan utk digaul bersama sambal kelapa nati. mek gunakan ikan selayang jek. manis. ikan kembung pun boleh. jgn ko guna ikan siakap lak. hahaha.



serai dan bawang merah dikisar sekali ngan isi ikan bakar. jgn kisar lama2 nati berair. semoleknya tumbuk jek ala2 kadar.



isi ikan, serai dan bwg merah td digaul ke dlm sambal kelapa goreng td. masukkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa. secukup rasa tau. ade rasa manis2 lagi sedap. lemak gitu. ok dh siap sambal kelapa.



basuh beras, sukat seperti tanak nasi mcm biasa. campurkan beberapa titik pewarna kuning. sedia utk dimasak. masukkan daun pandan bagi wangi2 sikit.



sambil2 tunggu nasi tuh masak... budu harus dimasak supaya rasanya lagi sodap. bahan utk memasak budu ialah bwg putih 1 ulas, daun limau purut, serai dititik dan gula melaka. masak sampai ia pekat2 dan naik bau.



nampaknya nasi hampir masak. tgh menggelegak. hakhak. sambil2 tuh leh la goreng ayam atau bakar daging pun sedap. jgn lupa hiris ulam-ulaman. leh mkn ngan taugeh, timun batang, kubis pun boleh, kacang panjang...emmm hiris halus2 ulam nih tau. kalo nak, goreng keropok ikan leh mkn bersama nasi kerabu. haaa..kalo ade telor masin pun cantekkk.



dah pun siap utk dimakan. mek nih jenis xsuka byk rumput rampai (ulam). hehehe...tadaaaa..jemput makan nasi kerabu mek da. :P cara makan pun nak bgtau ke... gaul kesemuanya ok. baru ngam. hakhak.
Labels:
5 Responses
  1. Unknown Says:

    rajin ko, laki aku mesti suka kalo dpt mkn nasi kerabu, hehehe :)


  2. ..nOj.. Says:

    sedapnye. dah lama betul tak makan nasik kerabu ni. kalo aku, aku suka rumput tu bebanyakkkkkkk baru sedap. hehe


  3. mamashikin Says:

    rajinnya da buat nasi kerabu..untungnya cik suami kan.


  4. Mag Says:

    wiken baru ingat nak wak nasi kabu etek. hehe


  5. kak eina tak pandei buat sbb bukan penggemar..hehe,,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...