mek da ©™

Dear diary,

Konon nak teruskan perjalanan balik ke JB, pukul 4 ptg pun masih duk berkeliaran kat Kuantan haha. Bila masa nak sampai JB? Last-last pujuk encik suami bermalam kat Kuantan hahahhahahaha!!!


Pusing-pusing cari area Cherating. Lagipun tak puas tengok Pantai kekekekeke. Rasanya dah banyak kali transit bermalam kat cherating. Selalunya bermalam kat Cherating Bay View/ Cherating Beach Resort. Kali ni nak cuba kat Suria Cherating Beach Resort ni pulak. Kebetulan nampak banner ade promo hihi!


So, kami walk in je kat kaunter. Sib baik la masih ada bilik kosong. Cuma yang tinggal bilik 2 katil single. Ahh tak kisah... muat jekkk kikiki.. katil single nya tak de la kecik sgt kehkeh. Janji dapat bilik huhu.............

Masa tengah book bilik baru perasan yang hotel ni dah tukar nama. 

eRYA By Suria Cherating Beach Resort

dahulunya.... Suria Cherating Beach Resort


Kak mek cuba tanya budak receptionist. KEPOH jap hehe

Kak mek: Dik, dah tukar nama hotel ye?

Receptionist: Masih under suria cherating puan, cuma dalam proses penjenamaan semula.

Kak mek: ohh ok!

Bila google2, kuarlah info ni:- opsss siap google tu hahaha

Suria Resorts & Hotels di bawah naungan Yayasan Amal Mutaqin Sdn Bhd dah beroperasi selama 17 tahun, ikon jenama perhotelan bumiputera yang patuh syariah. Dan selama 17 tahun beroperasi di Malaysia dan juga di United Kingdom, Suria Resorts & Hotels dengan dibantu oleh CYDASTUDIO International telah ambil keputusan untuk satu perubahan dan transformasi ke satu aras yang lebih mencabar lagi iaitu penjenamaan semula.


ERYA by Suria adalah nama baru untuk mereka yang menjanjikan hospitaliti perhotelan yang terbaik dan lebih kompetitif. Perubahaan fasa pertama ERYA by Suria antaranya ialah penjenaman semula, pembaharuan logo korporat, pemasaran, latihan perindustrian melalui Suria Program dan perlantikan duta baru iaitu pelakon yang sedang melonjak baik namanya, Saharul Ridzwan.

Kredit info google: http://www.ieyra.com/2017/03/saharul-ridzwan-duta-hotel-erya-by-suria.html


Ok not bad biliknya. Lengkap. Air cond sejuk. Free WIFI, Ada peti ais.  Kemudahan membuat Coffee/teh.  Bersih. Bilik air ok, air panas sedang elok kihkih.......... Ada Al- Quran dalam laci. Ada tv ASTROk (yaayyy boleh nonton Lafazkan kalimah cintamu ) :p

Yang penting juga hotel ni tepi pantai, ada kolam renang, parking free, karaoke, tempat main pin pong/caron, kemudahan memancing... haa baik punya reviewww



Cuma kalo boleh sediakan lah ubat gigi amboiiii hakhakkk.. kak mek lupa nk bawa ubat gigi.. alih-alih cuci gigi pakai pencuci muka follow me hahhaaaaaaaaaaaaaaaaahhahahhahaahaha.... mahu muntahhhh ijooo





Kalo malas nk kuar makan boleh oder ye.. room service 


Kami kuar makan kat luar area Pantai cherating... nexttttt story


Lepas makan, layan 3 beranak ni main caronnn.. sambil amik angin sepoi-sepoi bahasa tepi pantai. eh betul ke eja caron mcm tu? kekekekek

Apapun hotel ni best la..... recommended. Setakat ni rate satu malam mmg berbaloi. 




Till then, mekda.




ēRYA by SURIA Cherating
Km 32.5 Jalan Kuantan, 26080 Cherating, Malaysia

0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...