mek da ©™

Dear diary.. Puding Roti Coklat Marble Ala Mek Da.. cewahhhh.. hikhik :)

Sebenarmya dah lama google2 resepi nih.. baru skang nak buat hakhak! suka tgk dia punya design.. comel. haihh yg mek buat xde la comel sgt pun. lalala.. meh tgk ape bahan2 nya yerrr..

sumber: resepi hana via google, TQ!


4 keping roti
2 biji telor
1/2 cawan susu pekat
1/2 tin susu cair
8 gram serbuk agar2
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko



cara-caranya:

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.


Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.

Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.



Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!


Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.


Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!


mek buat aritu dapatlah 3 bekas.. dapat bagi jiran sikit hehe. anak2 suka yay!!!


cuba jgn tak cuba haha!!
Labels:
1 Response
  1. lieyalatif Says:

    wow menarik! kawan opis lieya penah bawak jugak aritu...mmg sedap...nanti lieya nak try la..selalu jek ade roti lebih kat umah tuh....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...