mek da ©™

Dear diary, alhamdulillah dah nak masuk bulan 3 dah pun. Cepat masa berlalu kan... Baru berkesempatan mengapdet citer-citer balik Kelantan aritu. So bersedialah korang untuk muntah hijau menengok story2 kak mek di pages reading list korang hahaha...

Ok raya cina aritu balik kampung kelate ku... 15 feb sampai kg lebih kurang jam 10 pagi. Sampai lambat sbb banyak kali berhenti tido kat RNR kahkah.



Sampai je terus siap2 sbb kitorang mmg plan nk lunch kat luar dgn ma abah. Ma abah mmg suka mkn ikan bekok.. diorang selalu pegi kedai ni dgn adik.. so ape lg diorang ngajak la kami anak beranak lunch kat sini... dlm masa yg sama kak mek yg benonya teringin nk ke kedai ikan bekok viral nih kuikui... ikan bekok? korang tau ke tak macam mana rupa 'ikan bengkak' ni... ike bekok means ikan bengkak :)


'Ike bekok' is tradisional food orang kampung. Ikan yg diperap semalaman dengan kunyit dan sedikit garam. Bau nya nanti akan menjadi sedikit busuk... semasa menggoreng aroma bau nya lebih kurang bau ikan masin/ikan budu... sedap dimakan dengan nasi panas-panas.... tidak terlalu masin... 


Selalunya ikan yg sesuai dijadikan 'ike bekok' ialah ikan caru, ikan kikik dan ikan gelama. 

Kedai  Makan Kak Pah Abe Lah terletak di Kg Geting Tumpat Kelantan. Tak jauh dari pesisiran Pantai Geting. Kedai ni terletak berhampiran kilang tempat pembuatan keropok dan ikan masin.

Kedai ni menjadi tumpuan ramai mungkin kerana menu masakan kampungnya yg boleh tahan dan 'ikan bekok' yang digoreng panas-panas. Pekena pula dengan ulam-ulaman dan budu perghhh memang terangkat bebb!



Di sini korang boleh pilih dulu ikan apa yg korang nak, nanti diorang akan goreng panas-panas... baru lah selera sikit nak makan kan! Ayam dan burung puyuh pun sama, tunggu diorang goreng dulu ye.. tak lama pommm...kejap je hehe :)


Masa pergi ni dah dekat jam 12, banyak lauk dah abis tapi masih ada kuah-kuah lain untuk dipilih. Ikan bekok pasti ada.. janga risau huhu.  Ulam-ulaman pun banyak...  kedai ni mula dibukak waktu pagi untuk sarapan so patut la pegi tengahari lauk dah hampir licin hukk hukk :P


Kami pilih lauk ikan singgang, sayur lemak putih, 2 ekor burung puyuh, budu, ulam-ulaman, ikan bekok ikan caru, gelama dan kikik. Air tehh beng dia AAA+++ wehhhh..lulus! Amik pulut mangga satu set... total makan aritu dlm RM 50


menu kampung tak pernah tak win


jelirooo molek... this is kelantan



my mum.........


alhamdulillah


lunch with ma abah


yg bestnya mek zara makan nasi sampai licin aritu


biasa la tuan tanah makin gemukkkk uhukkk


tempat menjemur ikan-ikan


pulut mangga ni sedap wehhh... nampak biasa jeee


sebelum kuar....... shoot satu!


rumah ayah bonda di kampung................ love


ok yg mana terasa nak makan ikan bekok silalah ke :-

Kedai  Makan Kak Pah Abe Lah
Pengkalan Kubur
Tumpat Kelantan


This Pantai Timur

Till then,
Mekda


Labels:
2 Responses
  1. Unknown Says:

    Mntak tolong bagi share location sikit..hi3..tq



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...