mek da ©™
Dear diary,

Ini kali kedua mek bercerita tentang pisang goreng mawar kat sini. Kali pertama boleh jenguk entry di bawah ni ⇩

PISANG GORENG MAWAR


Dulu dan kini... pisang goreng mawar ni sentiasa famous. When you in JB, you must try this.. cewahhhh... cakap omputehhh kuikui.


Beberapa fakta tentang pisang goreng mawar:-

  • Pisang goreng yang disajikan dengan sambal kicap
  • 'Port'goreng pisang terkenal di bandaraya johor bahru
  • Berhampiran bangunan Majlis Wanita Johor (MAWAR)
  • Menggunakan pisang bermutu
  • Ramuan bancuhan tepung yang sedap dan terbaik
  • Salah satu menu petang kerabat diRaja Johor
  • Sering dikunjungi org kenamaan, pemimpin negeri, artis-artis & pemain bola JDT
  • Menjadi tarikan pelancong & warga Singapura








Sometimes kena beratur pjg demi sekeping pisang mawar


Kat sini bukan setakat menjual pisang goreng je tauu.. pelbagai kuih muih ada. Nasi lemak, mee, bihun, laksa pun ada. 


Pendek kata tempat ngeteh paling best lah huhu




Tepung dia ranguppp tauu.. serius tak tipu.




Berhadapan dgn kedai pisang goreng mawar ni, kita boleh nampak Stadium Tertutup JDT... tempat pemain JDT training bola giturrr... silap2 boleh jumpa Shafik Rahim mkn kat sini opsss hahhahah

Pisang Mawar 

AddressNo.888, Jalan Sungai Chat, Johor, Malaysia, 80100
Hours
Open today · 11AM–6PM


Jangan lupa singgah!!!!!! 

Till then,
Mekda
Labels:
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...