mek da ©™

Dear diary, Nasi Ayam ni dah dikira all time favourite. Jika masak nasi ayam, nasi kena tanak lebih dari biasa. Memang laku keras... anak-anak memang suka!


Baru dapat resepi air lada lebih best... letak daun ketumbar rupanya sedap! Maksud kak mek blender sekali dengan bawang putih dan lada merah tu masa buat air lada tu.. mmg lain rasanya... hikhik




Resepi Nasi Ayam by Mek Da

➨ Bahan Nasi 

1) Beras
2) Air rebusan ayam/sup kosong
3) Sedikit garam/perasa
4) Daun Pandan

➨ Cara-cara:-

Basuh beras, letakkan kuah sup/air rebusan ayam, sedikit garam/perasa. Letak daun pandan yang disimpul. Masak nasi seperti biasa. 


➨ Bahan Sup Ayam

1)1 biji bawang merah
2) 2 ulas bawang putih
3) 1 inci halia dihiris
4) Garam/perasa
5) Ayam dipotong ikut size yang dikehendaki (Ayam belah 4 pun ok jugak)
6) Air
7) Bawang goreng / daun sup untuk hiasan

➨ Cara-cara:-

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan ayam dan air dan biarkan sehingga menggelegak. Masukkan garam/perasa. 


➨ Bahan Sambal

1) 5 biji lada merah
2) Cuka
3) Sedikit air
4) Gula
5) Garam
6) Sedikit Perasa
7) 5 Ulas Bawang putih
8) Daun ketumbar 

➨ Cara-cara:-

Kesemua bahan dikisar/blend.


➨ Bahan Perapan Ayam

1) Ayam daripada sup yang dimasak tadi. Toskan terlebih dahulu.
2) Kicap
3) Sos tiram

➨ Cara-cara:-

Gaul rata ayam bersama kicap dan sos tiram. Perap ayam selama 30 minit. Goreng menggunakan minyak yang panas. (Deep fried dengan minyak yang banyak)

➨ Bahan Kuah Kicap

1) Kicap
2) 3 Ulas bawang putih
3) Satu senduk sup ayam tadi (tak letak sup pun tak pe.. letak sedikit air kalo xnak kicap terlampau pekat)
4) Boleh letak cili jika ingin pedas


➨ Cara-cara:-

Blend kicap dan bawang putih. Kalo suka pedas letak sedikit cili dan blend sekali. Campurkan bersama kuah sup tadi / air putih jika tak nak terlampau pekat


➨ Bahan Ulam

  • Daun salad
  • Tomato
  • Timun batang

Dalam gambo ni ayam belum diketuk-ketuk lagi kohkokoh




konon......... ala-ala kampung gituewww


yang benonya kak mek tgh gigih mengumpul pinggan-pinggan klasik uhuk-uhuk


see, semua peha hahaha!!!!!


till then, mekda.

Labels: ,
Reactions: 
0 Responses