mek da ©™

Dear diary, 

Nasi Kak Wok. Orang kelantan mesti tahu la kan. Kalo tak tahu sila google hahahaha!!!

Nasi kak wok didefinisikan sebagai nasi putih yang didatangkan bersama ayam goreng panas-panas yang dipotong kecil-kecil bersama kuah gulai/kari kerompes (sayap, tekuk, pedal, hati & sebagainya). HAHAHA! KEROMPES tu penting k. Orang kelate sebut kerompes. Uhhh sedakkk kaklohhh ooo

Selain itu, dihidangkan bersama sambal belacan & ulam timun batang. Ala senang citer macam nasi bajet tuh laaa... lengkap dengan nasi, kuah & lauk, harga berpatutan.


Kalo kat Kelantan peniaga nasi ni tumbuh bagai cendawan. Rata-rata ade ok! Kat KL pun dah banyak orang meniaga nasi ala-ala kak wok nih. Pengasas sebenar nasi kak wok ni ialah arwah kak wok atau nama sebenarnya Mek Wok Binti Hassan. Kedai nasi kak wok yg oringinal terletak di Kg Lundang, Kota Bharu Kelantan. 

Di Johor bahru? Ok kalo yang berada di JB boleh singgah ke Restoran Mek Singgang, Kg Melayu Majidee, Johor Bahru. Di sini ade menyediakan Nasi Ala Kak Wok yang tak kurang hebat dari segi rasa! Sedap wehhh... selain tu nak makan mee celup pun ade! Boleh tahan jugak mee celup kat sini. 







Restoran Mek Singgang
Jalan Kenangan, Kg Melayu Majidee
81100 Johor Bahru


Kalo nak makan nasi ala kak wok kena datang jam 11 pagi hingga 4 petang sahaja. So, ape lagi Jom singgah!


Till then............mekda.





Labels:
0 Responses