mek da ©™


Dear diary, rasanya semua orang suka makan kek coklat kukus nih kan... dan semua tahu buat kek ni kan hehehe... sangat mudah, kukus je. All time favourite nih.. tak luput ditelan zaman kek nih kakaka!! 

Actually dah lama tak buat... rasanya last buat kek ni pada tahun 2011. hamboiii kemain lama oi. kikiki... rajin bebenor gamoknyerrr yerr..

Semenjak dua menjak nih asyik tengok orang duk share resepi nih jek kat fb. Maka craving punya pasal, sempena cuti2 kemenangan Piala AFC aritu terhasillah kek coklat kukus versi mek da. Meh sini nak tepek resepi. 

Bahan A:-

1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak


Bahan B:-

1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder


Bahan C:-

4 biji telur (Diblend hingga kembang)
1 sudu kecil esen vanila 

Cara-caranya:-




Semua bahan A disatukan dalam periuk. Masak dengan api kecil sambil sentiasa kacau. Bila mendidih, tutup api. Tunggu hingga sejuk sedikit.






Masukkan bahan B & C secara berselang-seli. Kacau rata.


Masukkan dalam bekas acuan/loyang (mek menggunakan loyang empat segi size 8' ).

Pastikan air kukusan dah mendidih barulah adunan dikukus dalam anggaran 45 minit. Disebabkan adunan agak tebal, dah dekat 2 jam barulah masak kikiki...



Pastikan penutup pengukus ditutup dengan kain agar wap air tidak menitik. Mek menggunakan kertas aluminium foil untuk menutup loyang kek.


Sementara menunggu kek masak, moh la kiter menyediakan topping pulak.

Bahan topping:-

300 gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair 
2 sudu besar butter




Panaskan dengan kaedah double boiler.






 Siram kasi meleleh.. taraaaaa.. siap!!









Labels: ,
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...