mek da ©™

Dear diary, bila tiba musim Ramadan mula la teringatkan suasana kampung, lebih-lebih lagi pesta colek iaitu makanan morih yg amat popular di Kelantan katanya... 

Kalo di negeri-negeri lain, may be suram sikit bab-bab colek ni... ada tu memang ada... ia dipanggil sebagai rojak tetapi fenomenanya tak sehebat di Kelantan hikhik. Di kelantan kedai-kedai makan berlumba-lumba menyediakan menu morih ni... harga boleh tahan. 

Di Johor Bahru, si mek ada jugak pusing-pusing mencari tempat menjual 'colek' nih. Kalo ke kedai tomyam yang ownernya orang kelantan, sudah tentu ada menjual colek buah or colek keropok. Itu biasa, hari biasa pun ada. 


Terjumpa satu warung di area Flat Taman Bukit Mutiara, rasanya kedai ni setiap tahun ada menjual pelbagai colek di bulan Ramadan. Peniaganya orang kelantan, boleh lah dari tak de hikhik.

Pelbagai menu colek di jual di sini antaranya Colek buah, colek perut, colek ikan, colek kerang, colek ayam, popia goreng, somtam, tauhu bakar, colek keropok dan kerabu megi. 

Haaa, pada yang rindu nak makan colek macam kat Kelantan tu boleh la feeling-feeling makan colek kat sini ye hikhik.

Ada 2 tempat lagi yg khabarnya ada menjual menu morih nih.. mek belum cuba. Satu di Aurora seafood kalo tak silap dan satu lagi di medan kangkar tebrau. 

Setakat colek keropok tu tak payah la beli, goreng kat rumah je...  tu pun kalo rajin menggoreng hahahaha... 

Boleh rujuk post ni jugak untuk tatapan mata di bulan Ramadan kahkah



Till then, mek da.



Labels: ,
0 Responses