mek da ©™
uiks. aku bukan tengah memilih calon menantu ye. ekceli tgh plan nk tukar susu utk haikal nih. al-maklum tak lama lagi umur haikal dah nak masuk setahun. skang dia mantain minum susu snow brand step 1 utk 0-12 bln. ape? susu cap gantung? dah kering maaaa...ee...

kalo ikutkan dulu nk tukar snow brand step 2. skang mcm tak nak jek. byk susu kat pasaran tuh. mcm2 leh pilih. semuanya berlumba nk cari market. iklan semuanya ayat2 best gila. mcm2 khasiat. hmm...kalo nespray 1+ ok tak? dutch lady 123 ok ngak?? sustagen? dumex dugro? ape lagi ek? anmum? mamil gold? friso gold?byk la... for me sama jek kot. janji anak kita diberi makanan yg seimbang kan. tapi.....kdg2 budak nih tak nak makan. kalo mkn pun sambil main. jenuh nak habiskan.

mana satu patut dicuba nih ye? kwn2 leh tlg rekemen tak? pls darling. huhu. bg la komen sikit.
Labels: 14 comments |
mek da ©™
bila dapat kaki? maksudnya bila dh pandai berjalan. ye idak... layankan aje aksi anak bujang yg x reti duduk diam nih. huhuhu.



nih plak aksi aku yg perasan mcm biasa la. tahu2 jek la. hehe. (encik suami sgt tidak suka tlgggggg!!!! )

Labels: 7 comments |
mek da ©™

hari ni 26hb. genap umur haikal 11 bulan. dh nak setahun tuh. cepatnya. dh besor anak aku yerrrr..eee..demam lak sehari dua nih. beralih bulan kot. pastu bibir dia pecah2. kesian haikal. mmg xnak mkn langsung. minum susu pun xmcm biasa. asyik merengek jek.

ok. ekceli bkn nk bgtau psl g jln2 mn tidak. nk citer psl haikal yg dah pandai BERJALAN! sukanya walaupun penat gile mengejarnya ke sana ke mari. itu ari br bjln 2-3 langkah. skang dh byk langkah. tp yg kelakarnya xreti plak nk brek. itu yg terlanggar situ sini sinu. huh. ingatkan bila gigi dah naik 6 batang lambat lak berjalan, rupanya tidak sama sekali. berjalan jgk pada umur 10 bulan lebih. makin xlarat aku nk kejar...tlg!!!
Labels: 2 comments |
mek da ©™
bagi yg dah lama bergelar ibu mungkin dh biasa dgn perkara seperti ini. namun bagi ibu muda (ceh dh tua la wei ) seperti aku, amat sukar untuk aku terima seboleh-bolehnya tak mahu kejadian berulang lagi. ceh bunyi mcm kes berat jek. xde la sgt.

haikal pernah jatuh buaian. haikal pernah jatuh katil. tuh semua kat rumah sendiri. sib baik xde luka mn2. nasib baik tuh sentiasa ade. tapi yang tak boleh aku dengar ialah bila haikal tercedera sampai berdarah bagai nih yg tak leh terima. semua nih berlaku kat umah ibu pengasuhnya.

aku tak salahkan ibu pengasuh. dah lama dia jaga haikal. sebelum nih mn ade tercedera. sejak haikal dh pandai berjalan nih, mcm2 hal berlaku. aku mmg tak senang duduk sekarang. nk g kerja pun rasa cam risau sgt.

dua kejadian yg meluruhkan jantung si ibu, berlaku di rumah ibu pengasuh:

1. minggu lps, kalo korang nk thu, si haikal nih g jolok jari dia pada kipas angin. so, luka la tp sib baik tak terbelah/terputus jari tuh. mintak jauh la Ya Tuhan. bdk2nih mmg tak tahu haper. yg aku kesalkan, kipas tuh jgn la letak bawah2 sgt. kita org tua nih kena kontrol. langsung tak leh terlepas pandang. nk g berak pun susah kalo mcm nih.haha kalo ditinggalkan sah sah dia memekik melalak kat pintu bilik air. huh. gambar jari dia yg luka tuh aku tak snap. dia marah xnak kasi di enter frame. malu la tuh. dh kurang macho.

2. nih kejadian semalam. kat umah ibu pengasuh gak. ye la sejak dlm proses training berjalan nih, asyik cedera jek. masa kejadian tuh, kata ibu dia kat toilet. masa tuh haikal kat depan tgh main2 ngan anak lelaki dia. yg dh besar pjg pun. haikal kan dh berlagak nk lepas-lepas tangan masa berjalan tuh. dah mmg dia berdiri lom stabil lagi, so jatuh la dan masa jatuh tuh dia terhantuk kat bucu kerusi yg tajam. ape lagi cedera la kat kening tuh. luka dan berdarah. sib baik luka tak dalam. sib baik xterkena mata. sib baik tuh sentiasa ade. kalo tak kena jahit melalak ko nak! adus, smlm masa ibu pengasuh call bgtau, luruh lagi jantung aku. mcm2 hal. xsenang duduk. nak keje pun xsenang ngan telatah budak yg semakin adventure nih.


walaupun luka nampak sikit, hati mama nih xsenang tau. karan ape kes lagi yg ko akan buat nak oiii!!!

Ya Allah, ko jauhkanlah dari segala musibah. Amin.......

encik suami pesan, jgn marah2 kat ibu pengasuh. ????????????????????
Labels: 5 comments |
mek da ©™

mari kita terjah ape yg si kecik nih buat kat dapur. senyap2 dia selongkar tuh. adik buat ape tuh? adoiiiiii....jgn kacau mama nk masak nih!!!


mak ai nih yg xsenang duduk nih. segala bagai dia nk gigit. ape yg dia amik kat gerobok tuh...rempah kari ke haper. haha. haaaaa...ko gigit kerisik mama ye!!! ish ish...haikal haikal....
Labels: 1 comments |
mek da ©™
Pengambilan Calon Guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mode Sepenuh Masa bagi ambilan Januari 2010 adalah tidak diiklankan. Pemilihan calon guru adalah berdasarkan calon simpanan yang memohon bagi KPLI-SR Ambilan Khas Jun 2009

Informasi from Kementerian Pelajaran Malaysia

hampessss...nampaknya mcm makin susah nk dapat nih. sabo jek la.
mek da ©™

hari mimggu yang cukup membosankan. encik suami asyik keje je...waaaa...bosan...xpe xpe cari duit lebih katakan. redha...redha...ape lg ...tinggal la aku berpoya-poya kat umah je lah. ngan sape lg kalo tak ngan si kecik yg semakin action tuh. huhu.


dia suka tengok wonderpets


dia senyum sejuk hati aku


pabila encik suami pulang dari kerja, dia ajak kuar jenjalan. just window soping. mn tahan cuci mata jek...beli la 2 helai t-shirt sebagai uniform memasak/tidur/lepak kat umah. hehe.

pastu beli 'present' utk anak myza. sorry myza ye xsempat nk g nengok masa raya aritu. jadual full la cyg. aku just post hadiah kat baby umar tuh...rupa lom nengok lg...tggu dia upload gambar kat email. waaaa...

tahniah to myza & asif. baby umar mesti cute.
Labels: 2 comments |
mek da ©™
balik dari kje smlm tetiba encik suami mengidam ayam golek madu berempah. ape kes? hehe.



rege sekor RM 16. rege setengah ekor RM 9. oleh sbb kami amat gelojoh xcukup setengah ekor, beli sekor cukup la utk 2 org mkn. tuh pun dh naik muak. rasanya 2-3 hari xkan jamah ayam kot. xleh nk telan. huhu. sdp gak la. mkn ngan sos black peper. xde pedas sgt. rasa manis2 cikit.

erkkk...
Labels: 4 comments |
mek da ©™
untuk abah yang telah berjasa besar mengasuh anak-anaknya...


abah yang tercinta. aku kini telah dewasa berkat bimbingan dan asuhan abah. tiada balasan yang dapat aku berikan untuk menebus kebaikan abah selain doa dan harapan semoga Allah membalasnya dengan kebaikan sebanyak-banyaknya.

seorang anak wajib berbakti kepada kedua orang tuanya. inilah kewajiban aku. sebagaimana Allah ta’ala telah tetapkan kewajiban ini di dalam kitab-Nya:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً

“Tuhanmu memerintahkanmu agar kamu tidak menyembah kecuali kepada-Nya dan untuk berbakti kepada kedua orang tua.” (QS. Al Israa’: 23)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga pernah ditanya, “Wahai Rasulullah, amal apakah yang paling dicintai Allah?” Beliau menjawab, “Solat tepat pada waktunya”. Kemudian beliau ditanya apalagi amal yang paling dicintai sesudahnya. Beliau pun menjawab, “Berbakti kepada kedua orang tua” (HR. Bukhari)

abah, aku telah mendapatkan banyak pelajaran berharga darimu.
dulu... sewaktu masih kecil aku sangat senang apabila menyambut kedatangan abah pulang dari tempat kerja. sungguh tiada kebahagiaan dunia yang melebihi kebahagiaan ini.

hari ini, aku rasa sgt bersalah kerana sehingga kini aku masih tidak dapat membalas jasamu yang terlalu berharga itu. hanya kasih sayang yang dapat aku berikan.

untuk abahku yang jauh di mata, rindu lak...hehe...

adaptasi dari sini
Labels: 3 comments |
mek da ©™
dh lama xcite psl hero aku nih. perkembangan terbaru le. eh lama ke? bkn aritu br cite. ee..

encik haikal ( panggilan cik kumbang ) nih dah ready nak berjalan. berjalan jatuh org kata. kejap berdiri kejap jatuh. dia buka langkah 2-3 bijik pastu jatuh. try n error mcm lecturer kata. haha. kalo kita pimpin tangan dia sebelah, laju jek dia jalan. kalahkan kita. ape2 aje le dia.


sorry kawan2 seksi sikit nih. hehe.
Labels: 8 comments |
mek da ©™
Alahai nih citer basi masa kat kampung hari tuh. kenangan naik motor keliling kampung. tapi gambar tak disnap ye. hehe. huh bunyi cam xpernah naik motor jek. haha. kalo kenangan naik 'kete kebal' ke ferrari ke haper ke ok gak la. nih motor. ape gejadahnya. padahal masa haikal lom wujud dgn motor la laki aku hantar pi kje sbb laki aku pi kje naik motor jek tak naik kete. ( save dan elakkan jem!!! )hehe. cuma skang nih jek mmg dh lama xnaik motor sejak aku peknen dan wujudnya haikal. tetiba masa blk kg aritu teringin nk round2 kampung naik motor. rasa cam best sgt. so aku menghasut la laki aku utk jd drebar. kami bertiga round2 satu kampung pada petang sehari sebelum balik ke JB. cukup tenang dan suka sgt sbb leh lak terserempak ngan kwn2 lama yg balik beraya. jumpa kat tepi jln cukup le kot. leh gak beraya haha. hai masa zmn gedik bujang trang tang tang dulu, naik motor keliling kampung la menjadi hobi petang2. teruknya. nih mesti nak pancing pak we nih. oh tidak2...aku hanya ronda2 untuk tenangkan minda jek ok. cehhhhhhhhhh...


sori gambar round kampung tak diambil ye. tetiba jumpa gambar motor yg kami anak beranak naik dlm thumbdrive aku. boleh la layan. tak sonok kalo bercerita dgn tak de gambar nih ye.ayah chik haikal punya motor kapcai. hehe.


tuan punya motor ayah chik haikal, amerika la kunun......


gaya student semangat nak balik beraya

nota kaki haikal: mlm nih ade jemputan open house & birthday party
Labels: 3 comments |
mek da ©™

arghhhh!!! apakah itu? eee ... ramai yg bertanya kepada aku, adakah aku peknen lagi? bilakah aku nak tambah baby? haikal xnak dapat kawan ke? haikal dah besar. beranak la muda2 nih. umur 30 just jaga anak je...xyah sebuk nak beranak lg...kat gambar raya kalo tambah sorang lg girl nmpak complete sikit. mcm2 komen dan persoalan.

ini dia jawapannya. sebelum tu...hoi jgn terkejut. aku bukan pregnant lagi la. saje je buat tajuk cenggitu. sekali sekala suspendo ape salahnya kan. hahaha.

buat masa sekarang, aku belum bersedia utk menjadi mak buyong lagi. kurasakan baru thn lps perotku memboyot. tp sekali sekala terdetik dihati kecil nih nak tambah baby lagi. haha. ramai sgt yg tanya. huhu. sakit beranak masih terasa lg nih. tp betul la kata orang tak serik kan? sonok ade anak nih. cukup melucukan. kelakar!

aku tgh plan nih. agak2 2-3 thn lg kot baru nak tambah sorang lagi. masa tuh umur dah 30 tahun. sempat lg tak lps tuh nk tambah lagi anak nih. alahai sebuk jek. xkan nk beranak setahun sorang. penat la wei...adussssss.....kalo boleh nak 4 orang jek. bkn xnak ramai2 tp tuh target aku la.

ade sedara/kwn yg anaknya sama umur haikal dah pregnant sorang lagi. cepat tambah baby. rezeki awl. xtau la plak kot2 terpeknen. hehe. planning atas diri masing2 kan. kita merancang tuhan yg menentukan. so far aku pun planning sendiri, xde nk mkn obat perancang bagai tu. bahaya tak? hehe.

kalo tuhan nak kasi awl, aku tak menolak.
Labels: 8 comments |
mek da ©™
xde pe, cuma saki baki gambar masa raya aritu. tiba masanya aku masukkan dlm arkib nih. hehe. adik-beradik aku. sorang lg laki xde dlm korum.





Labels: 3 comments |
mek da ©™

kelambu! cam xde cite jek arini.bkn pe terserempak ngan gambar nih (ayat pe ni) hahaha! besar tak kelambu tu? gambar nih dirakam masa balik kampung raya ituari. untuk mencegah nyamuk daripada menggigit haikal, kelambu inilah menjadi tempat perteduhan. (tdo dpn tv jek...dlm bilik xleh nati haikal jatuh katil lagi...ekekeke)kelambu besar nih muat mama dan haikal jek ok. papa tdo jauh2. jgn marah!
Labels: 4 comments |
mek da ©™






perkembangan terkini haikal:

dia sudah dapat duduk sendiri tanpa bantuan
Merangkak dengan baik
naik di kursi atau tangga rumah
berjalan dengan bantuan
meniru suara terbatuk-batuk
Mengatakan ”papa”, ”mama”, -yg nih paling latest!
senang bermain dengan mainan tertentu
memegang kuih dan memakannya
faham apa yang diperintahkan
mulai takut terhadap orang yang tidak dikenali
Labels: 3 comments |
mek da ©™
mlm minggu yg lps aku rajinkan diri godek-godek dadih. mesti haikal suka. sebut betul2 dadih ye bukan dadah! ahaks...ape aku melalut nih. hihi.



senang jek buat nih. korang beli serbuk dadih yg segera tuh...mcm2 perisa ada. berlambak kat pasaraya tuh. aku beli perisa vanilla. cara buatnya simple. cam masak agar2. panaskan air dlm periuk lebih kurang 3000 ml.pastu masukkan setin susu cair. masukkan gula 100 gm. agak2 le manis ke tak. kacau sampai mendidih. bila dh betul2 mendidih, tutup api. lps tuh baru masukkan serbuk dadih segera tuh. then, kacau hingga sebati. hehe. mudahkan? ala korang mesti tahu punya. hehe. selepas itu bolehlah disejukkan. aku pakai bekas yg kecik2 tuh. haaa..lps tuh boleh la disimpan dlm peti ais. buat stok banyak2.sdp dimakan bila2 masa. hehe. haikal sgt suka.huhu.


close up cikit

agaknya leh gak kalo aku berniaga dadih kat pasar malam. hahaha. tggu bazar ramadhan thn dpn le. terperasan la plak.
Labels: 9 comments |
mek da ©™


sabtu lepas aku bawak haikal ke rumah danish di taman kenanga. danish, buah hati pengarang jantung nieza kawan aku masa kat UUM dulu. dh lama xjumpa nieza. memandangkan encik suami free ptg sabtu lps, aku pun menghasutnya menerima pelawaan nieza utk dtg mkn2 di rumahnya. hehe. thanks nieza, sedap mak awk masak. kuih2 tuh semua sedap. nati saya nk mintak resepi okeh. hihi.




haikal malu2 jumpa danish...cam gaduh lak eee...diorang nih sebaya...



balik dari umah nieza singgah giant beli barang dapur...huhu


tetiba encik suami berposing maut jap

arghhhh....ekceli saya sgt penat ari ni. byk lak kje. semalam blk lambat dari biasa. siapkan dokumen urgent! blk kje jek tugas kat umah berlambak lak. byk lom settle. huhu. pagi td masuk jek opis rush buat kje. sambung mn yg tak siap. sgt fenat...
Labels: 1 comments |
mek da ©™
walaupun bukan pertama kali, tapi suka utk aku berkongsi kegembiraan tatkala haikal dpt menyebut perkataan pertamanya 'oh...ma...ma'. hehe. sonoknya. papa jeles tau tak...dia sebut mama dulu tuuuu... ekekeke...ekceli dh byk kali aku dgr dia sebut ma...ma...tp mlm td sgt jelas. perkataan oh...ma...ma akan kuar dari mulutnya tiapkali dia menangis terutamanya selepas tersedar dari tdo atau inginkan susu.tambah2 kalo dia nampak aku xde kat sebelah dia.

hehe. biasala...excited jap. rasa syahdu sgt bila dgr. cewah. pertama kali jd ibu biasa ar. cyg haikal.
Labels: 3 comments |
mek da ©™

destinasi kami pada hari raya ke 5 lak ialah ke rumah sepupu di pengkalan chepa. ade buat kenduri cukur jambul & aqiqah anak sepupuku rubby.masa pegi tuh dh tengahari. so baby aqief dh bukak baju sbb kepanasan. hihi. punya la bergaya baru 44 hari dh pakai jeans.hai mak mak skang suka tgk anak berpakaian gini. hihi.


ekceli dh lama xjumpa rubby. dia sepupu paling rapat.dia kje nurse kat HKL. last sekali jumpa masa dia bertunang. masa kawin dia aku xblk.tut2 sama2 ade baby baru leh jumpa.


apesal muka aku cenggitu. mata tuh cam br bgn tdo jek. jgn tak thu raya ke 5 br leh pakai bju kurung raya yg tak siap tuh. semestinya biru. hihi.
Labels: 2 comments |
mek da ©™
nih citer raya ke 4 lak. hari ni sehari beraya bersama my mother in law. pi ziarah umah kaum kerabat encik suami. tak de lak gambar my MIL. lupa lak nk amik. asyik2 posing sama aku dan haikal jek. hehe.


curi2 amik gambar.mak mentua ade kat blkg tuh. huhu.


haikal hijau sama mama



lps jek selesai beraya ke rumah sedara mara encik suami, tetiba ajak encik suami g parkson yg baru bukak kat kb. ekceli nk g giant kt bwh tuh. (sama bangunan ngan parkson, dlm kb trade centre)nak beli brg cikit. hmm..giant yg baru bukak. parkson dh lama. tp kan ...cam tak best jek...hehe...ape yg tak best? parking dia. bahaya sgt. ntah la cam xkena jek. pembangunan mesti mementingkan keselamatan. pikir2 kan.



haikal at parkson kb
Labels: 3 comments |
mek da ©™
seperti yang dijanjikan, kita bertemu lagi di entri perkahwinan nani. sape nani nih? ee..dia bekas roomate aku masa blaja kat uum dulu. dia kawan baik aku. sgt suka sama dia sbb dia baik. hehe. nani kawin masa hari raya ketiga hari tu. aku gerak g umah dia kat tanah merah lebih kurang kol 11.30 pagi, sampai sana kol 1.30. mak ai lamanya. jalan jemmed biasa la time raya nih. mmg plan nk g awl, jd xsempat la nk tgk nani bersanding. wajah suami dia pun tak dapat tatap. hehe. xpe la janji dpt gak jumpa nani sbb lama xjumpa. tahniah kepada nani dan hubbynya fitri kalo xsilap namanya. patut la kawin masa raya, nama fitri rupanya. hehe. beberapa keping photo yg sempat diambil.....


tema pepel...




terasa kerdilnya aku bila disamping pengantin yang sgt jelita. heheehhh..


bab nih paling sonok. jumpa kawan2 lama. sgt rindu sama mereka. teman sepinggan sebantal masa zmn universiti dulu.


on the way ke tanah merah. ariani dh bukak kat sini. silalah dtg. iklan jap. hehe.


nota kaki: mintak maaf byk2 kepada kwn uum gak iaitu rose sbb xdpt hadir ke majlis perkahwinannya. sorry byk2 yer sbb masa raya ke dua tuh g beraya umah tok nenek. hihi.

selamat pengantin baru.
welcome to the club.
Labels: 1 comments |
mek da ©™
gedik raya siri 3

pada hari raya ke tiga, kami bertiga hanya plan utk menghadiri kenduri perkahwinan nani di tanah merah. posing dulu sebelum gerak. hari ni pakai kaler oreng. bukan baju raya pun. hehe. haikal jek tiap hari pakai baju baru. ekekekeke. my blog my album. layankan gambar jek. huhu.










jumpa kami di kenduri nani k. bersambung....
Labels: 1 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...