mek da ©™

Dear diary, sebut pasal "Food Delivery', meh nak review sikit.  


Mek selalu repeat order Hokkaido Cup Cake & Creampuff ni... sedap!! simpan dalam icebox makan sejuk2 fuhhh heaven hikhik


Kejap jek abis nih....... xsampai 24 jam pun kakaka..




bila ntah nak belajar buat nih? ops :)

Labels: , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary, semenjak dua menjak ni asyik entry pasal resepi jek kan haha... layan.

KEBAB HOMEMADE/ KEBAB ROTI PITA



Bahan-bahan:-

1 paket roti pita gandum (ade 5 pcs, apabila dibelah dua dpt la 10 biji kebab )
Daging burger (4 pcs) - Dicincang halus
Timun (dipotong dadu)
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
sedikit garam/perasa
Bawang putih (3 ulas) - Dipotong dadu
Bawang merah (1 biji) - Dipotong dadu
Minyak untuk menumis (Sedikit sahaja)
Sedikit air



Cara-caranya:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah 
2) Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato
3) Masukkan daging burger, timun, garam & serbuk perasa
4) Gaul rata dan masukkan sedikit air lalu masak sehingga daging & timun lembut
5) Inti yang telah masak bolehlah diletakkan di dalam roti pita yang telah dibelah dua
6) Siap!


Sedap dan mengenyangkan!!!


#daridapurmekda
Labels: , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™


Dear diary, Mee udang tulang, dari air tangan my hubby!




Bahan-bahannya:-

1 /2 kilo udang sederhana
Tulang lembu & sedikit daging (direbus dahulu)
2 biji telur
1/4 cawan sos cili
mee (dicelur & ditoskan)
2 sudu sos tiram
3  sudu cili kering kisar
5 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
sayur sawi
sedikit minyak
garam dan gula
500 ml air rebusan tulang


Cara-caranya:-


1) Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah & cili kering kisar hingga naik bau.
2) Masukkan sos tiram & sos cili.
3) Masukkan sayur, udang, tulang & air rebusan tulang.
4) Kemudian, masukkan garam & gula secukup rasa.
5) Masak sehingga mendidih.
6) Bolehlah dihidangkan bersama mee. Mee perlulah dicelor terlebih dahulu.

siap!


#DariDapurMekda
Labels: , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™
Dear diary, terasa nak makan megi ketam homemade? meh cuba masak ikut resepi campak-campak versi mek da ni haaa.. kikiki..... kalo tak sedap jangan marah... kalo sedap alhamdulillah :)



Bahan-bahan:-

Maggi Kari (2 paket)
2 ekor ketam 
4 ulas bawang putih
satu sudu cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos ikan
garam/serbuk perasa
air 500 ml
1 paket perencah kari maggi tadi
1 sudu cuka (untuk rasa masam pada kuah) - boleh diganti dengan perahan asam limau
sayur (ikut suka.. mek guna sawi)
Telur 1 biji


Cara-caranya:-

1) Ketuk bawang putih dan tumis. Masukkan cili kering kisar, perencah megi dan tumis hingga sedikit garing. 
2) Masukkan sayur, sos tiram dan sos tomato. Masukkan 2 ekor ketam dan air. 
3) Masukkan cuka, sos ikan, garam & serbuk perasa.
4) Masukkan megi 2 paket, pecahkan telur dalam kuah, tunggu sehingga masak dan kuah mendidih.
5) Sedia untuk dihidang bersama lada jeruk. yummehhh.. 


#DARIDAPURMEKDA



Labels: , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary, bila mek da mengidam kek. tengok ape jadi............................



lalala... 






heee........ menternak lemak di SR yang baru dibuka area larkin

Secret recipe dataran larkin
Ground Floor, 25, Jalan Dataran Larkin 3, Taman Dataran Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Labels: 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary, resepi Daging Merah ala thai versi mek da



Bahan-bahan:-

1/2 kg daging lembu 
satu sudu besar pewarna merah
2 ulas bawang putih- dikisar
1 labu bawang besar - dihiris
1 labu bawang merah - dikisar
2 sudu cili kering - dikisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tomato
garam/gula/perasa 
sebiji lada besar - dihiris
150 ml air (untuk lebihkan kuah) 


Cara-caranya:-

1) Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. Toskan.
2) Panaskan minyak. Goreng daging hingga garing sedikit. Ketepikan
3)Tumis cili kering, bawang putih dan bawang merah yg dikisar tadi. Masukkan sedikit air.
4) Masukkan daging, sos tiram, sos tomato, sos ikan, garam, gula & bahan perasa secukupnya.
5) Kemudian, masukkan bawang besar dan lada besar yang dihiris tadi. 
6) Masak hingga sedikit pekat. 
7) Sedia untuk dihidang



Selamat mencuba

#DariDapurMekda





Labels: , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™
Dear diary, resepi Udang Masak Lemak dengan Sayur Batang Keladi




Bahan-bahan:-

keladi/sayur batang keladi  (direbus terlebih dahulu)
Udang saiz sederhana
5 Ulas bawang merah (dikisar)
1 inci kunyit  (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci lengkuas (dikisar)
1 keping asam keping
1/2 kg santan 
garam/perasa secukup rasa


Cara-caranya:-

1) Keladi/batang keladi sayur direbus terlebih dahulu dan toskan.
2) Masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk dan didihkan di atas api sederhana.
3) Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan air.
4) Pastikan minyak tidak pecah. 
5) Sedia untuk dimakan yum yum heee :)


#DariDapurMekda

Labels: , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary, Sport Planet off season sale untuk Johorian!! Bertempat di Pasaraya TODAYS ulu tiram johor. Eh, mek org johor ke ek? hihi tumpang sekali lah ngeeee.. the biggest sport brands in Malaysia. Antaranya adidas, nike, puma, timberland, yonex & li-ning. International branded BRA pun ade okeh. 


Reward untuk diri sendiri, nike pink satu! hikhik. Jom joging kuruskan badan agagagaga..

Bola & kasut bola  adidas untuk anak bujang...... murah2 oi.. nih je pun beli ahahaa..


Pilih jangan tak pilih


Pump bola time!


Pagi2 dah serbu sini... huhhh sesak nafas jap.. lol
Labels: , , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary, Sweetheart Coffee Shop Kota Bharu. Pernah lepak sini tak? hehe. 
Tetiba rasa terpanggil nak review sikit tentang coffee shop nih. Cafe hipster katanya walaweyyy :P


Bagi mek, cafe nih cantik, comel, cute  semua ada hahaha... susunan perabot yg kelihatan moden klasik gitu. Wall yg unik, dihiasi frame dgn gambar yg sweet2 gitu. Sesuai dengan nama Sweetheart Coffee Shop.

Coffee shop ni terletak di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu, berhampiran KB Mall. Tak susah pun nak cari.


Dari segi menu pulak, biasa-biasa je tapi bolehlah sedap juga. Signature dish: Chicken Chop! Ade yang kena dgn tekak, ade yang tak hehe. Harga pun boleh tahan. "Hipster" kata koo... hahaha... terima kasih daun keladi, ade orang belanja kikiki..........


Presentation makanan pun ok jugak... pekerja pun baik hati sebab sudi melayan karenah mek & the gang berposing-posing di segenap ruang sampai lupa anak kat umah hahaha (lps tu sedar balik kikikiki). Sekali sekala hang out bersama BFFs. Sesuai la ngan tempat ni... recommended untuk adakan majlis reunion, Hi tea, birthday party, study group pun boleh dan tak lupa juga utk korang yang nak dating tu molek sangat lah hahaha... ngeeeeeee :)


Cuma sedih je sbb aritu nak oder hot coffee, xde pulak... so kitorang oder je la milk shake tuuu huhu. 



This is my part..


Tapau waffle untuk 2 beradik tu kat umah...


    Ini gambar kami yg diambil oleh staff coffee shop, maceh dik!!!


.... dan diabadikan di dinding coffee shop, salah satunya gambar kami yg poyo dan posing tak hengatttt kahkah sila muntah susu


Happy moment******** 5 February 2016 (Birthday celebration with bff year 2016)


Kami, BFFs forever 


Red velvet cake ni mek kasi double A. Sedap jgk!


OK kalo ada yang tak tahu nih alamatnya:-


Sweetheart Coffee Shop
6022 Jalan Hamzah
15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Landmark: Belakang  Pasaraya KB Mall



Welcome! tata :)

Labels: , , , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™


Dear diary... Dim Sum! Ya inilah kali pertama mek mencuba dim sum. Sebenarnya bukan peminat dim sum haha. Chinese food katanya hikhik. Sejak beberapa bulan yang lepas #JANIMARUDIMSUM ni agak popular di kota bharu. Now dah byk kiosk dibuka ke serata daerah di Kelantan. Kalo tak silap dah sampai ke Batu Pahat Johor dan Pulau Pinang. Kalo salah betulkan ye hehehe. Makin maju nampaknya perniagaan Janimaru Dimsum nih kan. Dim sum halal dengan harga berpatutan. 


Nak dijadikan citer balik kampung pada raya cina baru2 ni kami sekeluarga pergilah ke Restoran Tomato klasik yang terletak di Pasir Tumboh Kota Bharu. Rombongan Cik Kiah kemain lagi ye.. dah la curi tempat duduk yg orang dah book. Tak pe la tuan kedai dah kasi hahahaha!!!


Cara nak oder dim sum kat sini, just tick yg mana nak... mek main tick je sbb xpernah rasa kan. kesian hahaaaa... tp paling mek suka yg ade cheese tuuu.. ape ntah nama. Maklumlah hantu cheese! Harga sebekas serendah RM 3.50 ade 3 ketul. Harga ikut jenis.


Kami oder 10 bekas jek... 


buat rasa-rasa je sebenarnya kahkahkah


part ni paling best kikiki................. susun tinggi2 bekas ni padahal 10 bekas je pun dah kecoh hahahaaa





Yang sebenarnya kitorang ni lapar nasi. hahaha!! tekak melayu oii.  ye la bawa ma abah kesini mesti lah oder nasi kan. Dim sum ni bukan tekak diorang. 


So, jangan risau... restoran tomato klasik ni macam2 ada. Nak oder masakan panas semua ada. Sambil2 datang nak try dim sum tu kan....... heheeee. Western pun ade ok!


Leh oder pakej set untuk family


Pulut mangga ni nampak je xbrapa menarik tapi lemak nya oi sedapnyaaa..


Kami oder nasi jugak..Tomyam best


Siakap stim limau ni sedap.. kuahnya mmg AAA


Gambar hadapan kedai. So boleh dikatakan 'must visit' jugak la kalo korang dtg kelantan ye. 

#JANIMARUDIMSUM
#RESTORANTOMATOKLASIK

Landmark: Depan Bank Islam Pasir Tumboh-Kota Bharu



Happy moment wi my familia. MISS U ALL!!

Labels: , 0 comments |
Reactions: