mek da ©™

tahniah kepada adik ngahku yg berkonvo semalam. sayangnya mek xdpt pegi. lgpun smlm kena bwk haikal pi check up kat HSA. apepun tahniah adikku. moga berjaya dlm setiap bidang yg diceburi. ceh ayat zmn sekolah dulu nih. huhu. ingat zmn konvo dulu2...best sgt2. congrats dik!
Labels: 5 comments |
mek da ©™
teka ape mek nak tunjuk sebenarnya. haha. poyo jek. mentang2 la beli sofa baru, so nak menunjuk la...jgn marah. kahkah. hai biasa la. harus ditempek dalam blog ye idak kuikui.

kalo korang perasan, sempit gile ruang tamu umah mek kan???? kan kan? dah tak tahu nak deko deko cam ne. ruang adelah sgt sempit. kalo sofa L shape mek rasa ok kot. adeh...terbeli 3+2+1 lak. huhu. tp xpe lah. nak wat cam ne. umah sewa katakan. uwaaaaaa....bila la nk dapat umah sendiri nih. lg la mek berangan nak deko cam ne.

nak tahu tak nape mek pilih sofa kaler gelap??? yg tuh kaler coklat+cream, sbbnya ehem ehem supaya nampak xmudah kotor. wakaka! siot jek. tapi haruslah bersih ok.





hmmmmm...ruang tgk tv pun kat tepi sofa tuh jek. tak pe lah..tak pe lah. sob sob...
Labels: 10 comments |
mek da ©™
maksud mek melabur dari segi kewangan. bkn melabur kat bilik termenung. hihi. hmmm...tahun nih adelah tahun membuat pelaburan. insya Allah. azam baru tahun nih kena paksa jgk. push..push..push mcm nk melabur tuttt jgk. hakhak.

alhamdulillah, thn nih mek dh berjaya menyimpan sedikit ke dlm akaun asb yg dh lama kekeringan. ade la simpan rmxxxx. harap2 tak dikorek dan tunggu bonus dividen nanti.

mista suami plak sebuk ngan public mutual fund pakai duit epf. wahh... google psl nih jap.

Mengapa perlu sertai Amanah Saham Public Mutual

i) HALAL mengikut Hukum Syarak. Ianya halal selaras dengan undang-undang
Malaysia sebab itu duit EPF boleh digunakan untuk melabur.

ii) Keuntungan sangat kompetitif (lebih 20 % setahun).
Sejak dilancarkan pada 1997 keuntungan sentiasa
konsisten.

iii) Dikendalikan oleh Public Mutual anak syarikat Public
Bank yang merupakan syarikat Amanah Saham terbesar di
Malaysia di mana 30 % 'market' amanah saham di Malaysia di
kuasai oleh Public Mutual.

iv) Mempunyai dana yang terbesar RM13.8 billion. Terdapat 1.3 juta pelabur
telah menyertainya.

v) Memenangi 96 anugerah sejak 1999.

vi) Mempunyai Pengurus Dana yang berpengalaman dan
berkemahiran.

hmm..skang mista suami dh join fund nih. harap2 menguntungkan lah ye.

satu lagi, kami ade melabur dlm ASB guna loan bank. dgn kata lain, buat PINJAMAN ASB. RM10,000 jek. mmg ade untung dan ruginya. may be ramai yg berpendapat pinjaman asb nih lebih menguntungkan pihak bank. ye mmg betul tapi bagi kami yang kurang berduit nih, huh jenuh nak menyimpannya. satu lagi jenis kurang berdisplin. asal ade duit beli itu ini. lps tuh mula la xde simpanan kan. tuh yg pikir2 xpe la buat jek la simpanan asb nih. bg mek, kalo tak buat cam ni, susah nk menyimpan. at least ade jgk tabungan dan dividen diberi setiap tahun. huhu. ape2 ajek la.

nih plak tabung BSN. dibeli kat bsn masa sebuk beli no pin kpli aritu. simpan duit syiling kat umah. hakhak. tp yg rajin menyimpan syiling adelah mista suami. bkn mek. hakhakhak.



moga semuanya berjalan lancar. azam for 2010 plus plus. perghhh...
Labels: 6 comments |
mek da ©™
ceritanya mcm nih. seminggu yang lepas, haikal demam tp xde la kuat sgt demam tuh. tetap aktif mcm biasa. pastu batuk2 berkahak. bg mkn ubat tp mcm xkebah2 gak. pastu asyik muntah. minum susu jek muntah. xtau sbb pe. geli tekak kot. dia kalo demam mmg mcm nih la. muntah susu aje.

lps beberapa hari tu, mata dia lak bengkak. demam dh ok. so, bwk pi klinik. dr ckp may be alahan. alahan ape ek? bkn makan ape pun. dr kasi ubat bengkak mata jek. mmg xpuas hati tol jumpa dr tuh aritu. esknya haikal demam lagi. panas sgt badan dia. mmg xsenang duduk mejk dibuatnya. bincang2 ngan mista suami, konfem bwk dia try cek kat hospital lak. pegi kat emergency.

after daftar, haikal dimandikan sebelum dimasukkan ubat demam kat bontot dia. then, bila jumpa dr, mcm2 dia suspek. dr buat andaian kot2 ade jangkitan kuman kat buah pinggang sbb matanya bengkak. itu cuma andaian.

haikal perlu diambil darah dan urin untuk buat test. pertama kali mek tgk haikal menangis teresak-esak bagaikan tak leh terima ape yang sedang dilakukan terhadapnya. amik darah! huh tak sanggup tgk haikal kena cucuk sana cucuk sini. air mata mek nih dah membanjiri hospital. cehhh...

dr suh haikal stay kat wad. katanya nk buat pemeriksaan lanjut pd urin dan darah. so, nk buat cam ne. terima jek la. itu yg terbaik buatnya. tp haikal still aktif, hanya tuh jek yg buat mek kuat. kalo dia tak aktif, mek lagi risau bagaikan nak luruh jantung nih. hati nih mcm kena hiris.


haikal dimasukkan ke wad kira2 jam 9.00 malam hari isnin lalu. bayangkan dgn mek baru blk dari kerja, pastu second day peyet, tak mkn dari lunch...huh...mmg ting tong kepala time tuh. tdo mlm sampai gastrik. mmg xleh tdo kat wad aritu. satu haikal merengek sbb takut kat team doktor. takut kat nurse. fobia dok atas katil. may be dia dok ingat dr cucuk dia time nk amik darah tuh. cian haikal. sepanjang kat hospital aritu, asyik ajak mek main2 kat luar wad. ajak pi main air kat toilet la. ajak main puclic phone kat luar la. ajak lepak2 kat tangga la. sah dia takut kat geng-geng doktor. asal ader doktor jek melalak. hulur tangan nk suh mek dokong. huh.


haaa...nih lak time doktor xde. eksen la. main tak abis2. hehe. alhamdulillah, ptg smlm dah leh discaj. result test darah -ve. urin pun -ve. semua normal. haikal dah ok. syukur sgt2. dua hari di hospital membuatkan mek insaf sgt2. ye la...tgk kanak2 dgn mcm2 penyakit. seorang ibu perlu kuat. ape pun tuhan nak kasi, kite kena terima. mungkin nih semua dugaan. tapi alhamdulillah, kesihatan haikal beransur pulih dan aktif seperti biasa. kadang2 semua nih menyedarkan kite.
Labels: 29 comments |
mek da ©™
ekceli xde modal nak citer arini, tapi tangan nih gatal nk buat entri. so gambar2 terpaksa la digoogle. kredit to diorang k. pinjam gambar utk hiasan jap. hak hak.

mcm korang jgk la...kalo ke pasar malam mesti nak beli mengarut2 punya. sah sah tak nak makan nasi. rambang mata dibuatnya. leh lak mencekik mcm-mcm. dah lama jgk mek tak ke pasar malam sbbnya kalo pergi cam xde menu lain jek. asyik2 yg tuh jek. tapi bila pegi reti plak nak beli mengarut2 nih. dua hari lepas mek ke pasar malam taman suria. tekak dh rasa xnak mkn nasi. so beli la makanan2 seperti dalam gambar nih.


ais kacang



laksa penang


kebab ayam utk encik suami, kebab daging untuk mek


ayam goreng mcm kat umah xleh goreng

biasa beli nih jgk, tapi hari tuh tak beli plak sbb rasa menu kat atas tuh dah cukup.
- popiah basah
- keropok lekor
- apam balik
- laksam
- nasi dagang
- nasi kerabu
- penderam ( tul tak eja, mek reti mkn jek ) cam rojak gitu. hikhik


gambar adelah digoogle. terima kasih.
Labels: 11 comments |
mek da ©™
nih gambar masa balik kampung bulan lepas. aqiel danial nih cousin mek yang paling tecik. so kira pak sepupu haikal lah ek. aqiel nih tua satu bulan dari haikal. suka sgt haikal usik dia. nak kena haikal nih. mama cubit kan....

dulu aqiel dok KL sbb mamanya mengajar kat sana. akhirnya thn nih dapat la tukar ke kelantan. skang mak mek yg kt kampung jadi pengasuh aqiel. leh lepaskan rindu kat haikal. ade aqiel pun jadi laaaa...





mohd aqiel danial bin azrin
Labels: 4 comments |
mek da ©™
berapa lamakah korang mengambil masa untuk memasak selepas balik dari kerja? wah...panjang gile seh tajuk nih. gila panjang. hikhik.

hmm... i mean lama tak masa yg digunakan utk korang sediakan dinner eh? korang masak ape ek? kalo mek, utk dinner jenis xkisah nak mkn ape pun. janji simple tp mengenyangkan. burger pun ok. mee maggi pun layan. hakhak. sib baik encik suami satu kepala. kalo tak jenuh penat2 balik kerja nak kena masak itu ini. cukup lah menu yang simple jek kan. janji perot tak berbunyi. sambil2 tuh nak tayang menu dinner td malam. waaa..budak darjah 5 pun leh masak menu nih kan. kihkih.


sotong goreng kunyit. 5 minit siap.


sayur kobis bertelor. 10 minit siap.

sambil2 menonton Akasia tv3 tuh leh la layan potong sayur mayur. agagagagagagaga!
Labels: 11 comments |
mek da ©™

wah....gambar lama kami. nih masa raya tahun lepas. disebabkan belum tampal kat blog nih, so wajib ditampal sebelum terlambat. harharhar! kejam tol cousin mek nih...baru kasi pada kami photo rasmi raya 2009 neh. apepun thanks kak yah.
Labels: 8 comments |
mek da ©™
kalo korang ade baca psl entri nih, dah tau la ape cerita sebenarnya ek. hmmm...

atas nasihat member2 dan smlm encik suami sendiri yg suh pi jumpa puan doktor, maka haruslah sekali lagi membuat UPT yakni urine pregnancy test. hikhik. kecoh tol psl terlewat dtg bulan nih ek. harhar. dari aritu lum abis cerita agi. tlg jgn bosan. kehkeh. al maklum, dah hampir 2 bulan kan xperiod. gue takut dong. kot ade masalah dalaman ke hape. ye idak. tapi, langsung xde tanda2 hamil tau tak. smlm adalah membuat upt kali kedua dan keputusannya adalah seperti yang dijangka jugak. NEGATIF. fuhhh!!! lega lagih.



mcm biasa bila dah negatif nih...haruslah mintak ubat untuk turunkan haid mek yang sgt degil tuh. mkn 1 bijik 2 kali sehari. cepat2 la ko kuar ok.

doktor ckp mungkin sbb hormon tak stabil dan......dia tanya mek, ade makan ape2 ubat tak? teringat lak pada supplement spirulina luxor yang mek tgh cuba mkn skang nih tuh. katanya may be supplement tuh tak sesuai utk mek. so, dia suh stopkan. mungkin sbb tuh hormon jd x stabil. beralih arah gitu. majuk ek. harharhar. pastu dia ckp, buat ape mkn spirulina tuh, org tua umur 40 ke atas ok la mkn tuh. harhar!! malu. tp ekceli produk yg mek mkn tuh bkn nya utk org2 tua kerepot jek, (mesti mak mek terasa sbb dia yg suggest mek mkn spirulina ni)..hikhik...utk tambahkan tenaga, kesihatan dan pastinya mmg tak letih ar bila mkn tuh...kita leh bergerak aktif ke mn saje...huhu. kalo dah puan doktor suh stop, stop jek la. kalo dulu makan jamu mas cotek ok aje. period regular. murah pun murah. semuanya untuk kesihatan dalaman wanita. tak gitu?
Labels: 11 comments |
mek da ©™
semalam ajak cousin makan-makan kat umah. cousin encik suami dari kelantan. al maklum coti sekolah, dia pon coti dari mengajar. ape lagi berjalan la. sdpnya cikgi2 nih ye. huhu. ari ni ke KL lak.

so smlm bangun pagi-pagi tuhh...sidai kain sbb malamnya dah membasuh siap-siap. pastu sapu umah sikit2. then mula bekerja keras di dapur. kuarkan bahan basah dari peti ais. ari ni plan nak masak nasi tomato lagi. tuh yg xde gambar sbb dalam blog nih dah byk kali mek siarkan edisi nasi tomato mek. hakhak.

lauk yg menjadi pilihan kali nih, tak lain dan tak bukan kalo buat nasi tomato xsah kalo xde lauk nih. ayam masak merah bertomato lebih...kehkehkeh. pastu satu lagi lauk ialah daging masak kurma. untuk lengkap kan lagi set nasi tomato ni, acar timun haruslah ade. wajib tuhhh...pastu buah tembikai...konon2 cam kenduri kawin la. hehe. air yg menjadi pilihan untuk dihidangkan kepada kaum kerabat semalam ialah air jagung. huhu.

ops lupa lak pada sambal nenasku. sambal nih harus lah ade. suka sambal belacan letak buah tomato dan nenas byk2. perah asam limau...huh..sdp. nak sedap lagi, letak belacan dan bawang merah yang dibakar. mabelos.
Labels: 5 comments |
mek da ©™
mek lin, aku amik gambo2 kawin ko nih dalam fesbuk tau. ko kawan paling baik masa zmn aku amik stpm dulu...masa tuh...kite sama2 membonceng naik moto kapcai ke sekolah. skang ko dh kawin daaaa...tahniah ekkk. so, aku nak jadikan gambo2 kawin ko nih sebagai koleksi peribadi aku okihhh...hakhak.

aku bangga ngan ko sbb telah membuat pilihan yang tepat masa kite sama2 mengisi borang U dulu. akhirnya ko dapat UPSI. dan aku tercampak ke UUM. skang ko dh jadi kaunselor. laki ko lak cikgu bi/math. aku bangga ngan ko. walau ape pun, thanks sbb ko xpernah lupakan aku lin. aku sayang ko....dunia akhirat. cehhh...















Labels: 2 comments |
mek da ©™
hehe, xde ape. saje membebel pagi-pagi buta. huhu.


disebabkan ini adalah selipar pertama haikal, so nak tayang cikit lar. selipar murah jek maaa...hmmm sesuai utk main2 kat depan umah. hakhak. asyik pakai kasut aje xbest le kan. tapi...ape yang bujang nih lagi suka ialah ni haaa...


nih la org kata bagi betis nak peha, aik betul ke...sebuk nak pakai kasut buruk mek aje...adeh. huh!
Labels: 6 comments |
mek da ©™
resah gelisah. sbbnya mek belum bersedia untuk menambah cahaya mata buat masa ini hikhik. dah hampir tiga minggu period lom kuar2 lagi neh. tensen sgt. setelah melahirkan haikal, ini kali kedua period buat hal.

first masa haikal umur 7 bulan. siap nangis-nangis, pastu pi klinik buat upt...hasilnya negatif. doktor cakap may be mek stress, penat atau hormon jek kot. kite nih takutt.. sbb haid sentiasa regular sebelum nih. pastu doktor bagi ubat untuk turun haid. selang 3 hari, kuar darah kotor tuh. huh.

hmm...kali nih lambat lagi. kiranya bulan lepas mek tak period le. pening memikirkan, rasanya perlu buat UPT sendiri dirumah. dan hasilnya sgt melegakan, satu line jek. -ve. huhhhh....lega....leh tido ngan lena.



mek kena tanggung risiko seperti nih sbbnya dh buat keputusan utk planning sendiri jek. tak mau amik mn2 kaedah perancang keluarga pun. sekiranya Tuhan betul-betul nak kasi lagi buat masa nih, mek terima seadanya.
Labels: 24 comments |
mek da ©™




saje nk tempek gambar-gambar masa g kenduri umah mamat, member pat kje encik suami. xsempat lak amik gambar pengantin. diorang tgh sebuk, malas nk membizikan diri jugak. layan makan lagi sdp. kahkah. sengal. kalo encik suami tahu, mesti dia marah nih sbb mek letak gambo dia yg tgh tibai nasi minyak tuhh...hohoho

apepun selamat pengantin baru utk mamat dan abby yg cun kiut gitu.
Labels: 4 comments |
mek da ©™

lagi-lagi pasal makan ek. bosan tak? bila la perut mek nak kempis nih. cabaran niza pun belum disahut lagi. hihi. oh mamalieyna...sesungguhnya mek tidaklah curang kepada teh ais. hihi. tgk la lunch semalam ni, mek order teh ais supaya kak ina jeles menontonnya. kihkih. jeles la sgt kak ina ek? mcm mn nih...azam nak kempiskan peyut xjadi-jadi, asyik minum ais je.


curry laksa di cafe ayam sedap fast food...karinya sgt kow. panas meletop sampai ke akhirnya. perghhh...
Labels: 13 comments |
mek da ©™

semenjak dua menjak nih mek begitu taksub ngan 'coffee ice'. haihhh...bukan kopi ice yg dibuat sendiri. suka minum kopi kat kedai. hakhak. lagi2 yg kow kow punya. huh...nikmat.

kesahnya td mlm kuar ke carrefour cari stok susu haikal. tut2 dlm kepala hotak nih asyik teringat air kopi ajek. huhh..seram. hehe. bila perot terasa lapar, pi la singgah pat mkn yg havoc kat dpn eon bank taman molek tu. nasi lemak anggerik. lauknya mmg sedap la. bkn nasi lemak biasa punyer. heheh. rasanya xlemak sgt. so, xmuak. mek pilih lauk sambal sotong ngan ayam sambal. encik suami lak daging dan telor. pastinya kopi ais untuk mek yang kemaruk kopi!
Labels: 13 comments |
mek da ©™
hari nih mek nk citer pasal makanan lagi le.


jika korang terasa bosan dgn resepi ayam goreng yang sama seperti meletakkan kunyit dan garam sahaja, ape kata korang cuba cara nih lak. hmm...rasanya korang pun biasa buat kan? tapi xpe lah. just nak share kat sini. huhu.

mek biasa buat cam nih.

ayam
2 ulas bwg putih-ditumbuk
satu bijik bwg merah-ditumbuk
sedikit halia-ditumbuk
cili kering kisar
garam secukup rasa

semua bahan yg ditumbuk/dikisar td diperap bersama ayam. pastu leh la menggoreng mcm biasa. cuba ler. pasti tak jemu. hikhik.

Labels: 11 comments |
mek da ©™

aku sebuah basikal yang berkacukan kuda + zirafah. hehe. aku telah dibeli oleh tuanku sebagai hadiah harijadi untuk anaknya. kecian aku, selalu kena terajang oleh anaknya yang bernama haikal. aku memanggilnya tuan kecik. comeikan aku?? ceh....



inilah tuan kecikku yang sangat lasak. sakit badan aku tauu...perghhhh...
Labels: 9 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...