mek da ©™
erkkk...alhamdulillah kenyang. ade org belanja pizza lunch td. thanks jen. huhuhu...





mamat penghantar pizza td lambat no sampai. sampai kebulur dok menunggu. kena complain neh...
Labels: 4 comments |
Reactions: 
mek da ©™


ari ni birthday haikal. ari ni jgk la birthday satu-satunya adik lelaki aku, ijat. happy birthday yg ke 19 thn woi. blaja rajin2. keje sdp2. cari bini comei, pandai, beriman, baik budi & byk duit ( sgt mata duitan & demand kakak dia )...bkn per...senang hidup ko nati. haha. hampessss...

selamat hari jadi ye!!!

:( patutnya hari ni birthday haikal & ayah chik disambut dgn meriahnya di kampung halaman. nak nak hari buat ketupat raya haji ni. lg best. malangnya, kami tak balik kampung. huhuhu.

td call ma, sebuk dok prepare msk nasi dagang.
Labels: 1 comments |
Reactions: 
mek da ©™

sayang, hari ni genaplah umurmu setahun.

setahun yang lepas, pada tarikh inilah, mama melahirkanmu.

wujudnya kamu dlm hidup mama dan papa, cukup menceriakan. hari-hariku tanpa kamu, cukup memilukan.

selamat ulangtahun sayang. semoga tuhan panjangkan umurmu, murahkan rezeki. jdlah anak yang soleh, bijak...bijak...hehe. jgn nakal2 tau. mama cubit karan.

gambar di atas di ambil selepas kuar dlm labor room 26/11/2008. gambar terkini haikal lum sempat ambil. smlm dia gunting rambut. berwajah baru sudah. haha. happy birthday haikal mucuk mama. tp skang nih haikal tengah demam. panas kepala. cian mucuk muah..!
Labels: , 4 comments |
Reactions: 
mek da ©™
25 november. ade kisah disebalik tarikh keramat ini. hehe. setahun yang lalu, aku diarah untuk mendaftarkan diri ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu. untuk ape? setelah dipersetujui oleh doktor, aku terpaksa berlenggang-lenggang ke hospital disebabkan tarikh jangkaan ku bersalin sudah seminggu berlalu. haha. xsakit2 lagi. bila aku nak bersalin ni. itu soalan ku setiap masa.

setelah di'scan, ( gila teruk perkataan ini) doktor mengesahkan yang air ketubanku dah berkurangan. dah kering. bimbang kalau-kalau berlaku perkara yang tak diingini dan membahayakan kandungan. doktor membuat keputusan supaya aku di'induce'. wah la wei. takut!!!!

aritu dh citer kat sini.

hmmm....td mlm tdo xcukup...haikal demam terpaksa berjaga sbb dia merengek. adeh pedih mata ni...
Labels: 3 comments |
Reactions: 
mek da ©™
korang, aku tak balik kampung sempena raya haji nih. sedihnya. cuma beraya kat jb jek. nk nangis ni. konpom ramai yg balik kampung malam nih kan? selamat hari raya aidil adha uolls...sedih nih. hukhuk...thn lps beraya dlm pantang, thn ni beraya kat negeri orang lak. thn dpn nak tak nak kena balik gak.

:( sedih
Labels: 2 comments |
Reactions: 
mek da ©™
ptg semalam agenda boring kami ialah g beriadah ke hutan bandar. dh lama xpegi. saje jek bawak haikal jenjalan. nk tgk mcm mn dia excited bila dh dapat kaki ni. plan xnak kasi dia main air and mandi kolam. so xprepare baju haper pun. pegi jek sonok lak tgk bdk2 main air. ape lagi suh dia layan jek main air kat situ. hehe. time tuh nampak sgt dia seronok, hepi mcm xpernah jumpa air. bila jln lak xnak org pegang2 tangan dia. nk jln sendiri jek. huh. kelakar ek bdk2 nih. kalo jln time berselisih ngan org lalu, sebuk berhenti nk tgk org jln. hahaha. apepun, puas hati sbb nampak dia happy jek. lain kali kena bwk lagi ni. hehe.















mulut murai: sabtu aritu kilang lion ade buat wholesale clearance stock utk produk2nya. so tak terlepas gak g beli sedikit brg. hehe. ekceli sabun pencuci masih byk lagi kat umah, so xbeli sabun. just beli shower shokubutsu, ubat gigi fresh n white, TOP dan bahan pewangi/pelembut pakaian jek. alamak lupa brand. keluaran syarikat lion nih ler. ape ek. xbest sgt le. softlan lg best. huhu.
Labels: 8 comments |
Reactions: 
mek da ©™
ptg smlm blk je dari keje, hatiku sgt terharu dan terkesima jap sbbnya umah aku sgt lah kemas dan bersih klean and klear. kahkah. smlm kan encik suami mc. demam katanya. disebabkan sehari suntuk dia kat umah, tut2 dia berjaya membersihkan umahku yg dh mcm kapal pecah. eii..nmpak sgt bini dia pemalas ye! ops jgn salah sangka tau...aku kemas2 jgk tau. si haikal lagi lah. tiap hari mengemas. baru kelmarin dulu aku cuci jambam sampai berpeluh2. kehkeh. cuci jambam pun pun nk citer kat blog ke???? may be encik suami sgt terharu bila tgk aku cuci jambam, sbb tu la dia amik mc,dlm hati plan nk cuci umah. haha.

kulihat dapur gas begitu bersinar-sinar kebersihan sunlight, cermin tingkap leh wat skodeng muka, peti ais berkelip-kelip, mesin basuh dah tak berhabuk, lantai umah harum mempesona umpama lemon baru luruh dari pokok. adehhh..ayat ape nih. tv plak berkilat-kilat sampai juling mataku. kain baju yg berbukit-bukit tuh dilipat dan disusun rapi sekali. kain yg belum dijemur olehku sudahpun kering kontang diampaian. uhh..syahdunya. gile.

tetiba bau sgt wangi di sudut dapur. arggh..rupa-rupanya...dia dh siap masak. wah bagus encik suami smlm ya. kalo hari-hari mcm ni kan bagus bang. kehkeh. bkn selalu nk puji encik suami nih. sorry ye pembaca, terpuji laki sendiri lak. haha.

org lelaki kalo xg kje bkn leh dok diam, kalo aku MC sakit mmg tdo memanjang. jgn harap nk masak, beli aje. ops jahatnya aku tlggg!!!
Labels: 12 comments |
Reactions: 
mek da ©™
huh. today family bertolak ke negori sembilan untuk menghadiri majlis perkahwinan pak sepupuku jemi. huhu. bila start cuti sekolah ade aje 'bekwoh' ( kenduri kawin ). jemi kawin ngan org negori. daerah mn ek? kureng pasti lak. lupe. rugi xleh g. waaaaaaa...nk itut gak...argghhhhh!!!

selamat pengantin baru kat ko jemi.
Labels: 1 comments |
Reactions: 
mek da ©™
mamasyaza telah ngetag aku.

1. Adakah anda rasa anda HOT ???
- hot? tak jgk sbb tgh pasang air cond edisi paling kuat. apekah? hehe. ekceli, ari ni hati tak hot. cool je. huhu. encik suami plak MC arini. huh jeles ai...

2. Upload gambar kegemaran anda....



3. Tak ada soalan pun....kena stori pasal gambar tu kot
aku suka gmbar nih sbb saat bahagia katakan. plak tuh pakai kaler pink. i like sgt. haha!!!!


4. Bila kali terakhir makan Pizza ??
- huh dh lama rasanya. sbb prefer mkn kat mekdi je haha. pastu kepsi. pija nih tak selalu sgt. xsuka sgt.


5. Lagu terakhir yang anda dengar ??
- ntah ek tajuk ape. tp ade kat blog iedaluvsham. haha.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini???
- semak dokumen internal quality audit. kena ammend. huh.


7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa ??
- kwn opis panggil aku mek atau idot. hehe.



8. Tag lagi 6 orang


1. mamalieyna

2. hajar + 5rus = hajarus

3. nafira

4. linda coretan hatiku

5. ladybeerd

6. mummy esyraf


9. Siapakan orang no. 1 pada anda?
- dia seorang blogger tegar yg selalu memberi komen hangat kat blog aku. biasanya dialah org first. dia adalah kakak pujaanku. kahkah. itulah kak ina kedah mai..dot mai dot mai...dia pandai masak lebih2 lg buat laksa kedah, soto & bihun sup. aku harap dia dpt poskan masakan itu kpd ku dgn segera. meh sini nk rasa. haha.


10. Kata sesuatu mengenai orang no. 5
- kwn sepermainanku, kwn sekolah, kwn universiti, geng blogger, peminat pink jgk, peminat ladybug, pantang tgk brg yg ade ladybug...nk aje beli...suka kumpul cadar, br lps tgk bola kat stadium bukit jalil. patah hati sbb kelantan kalah. sejak tukar tempat kje, jarang berblog. bz la kunun. dia jgk suka minum kopi. hantu old town cafe. tuh saje. haha.


11. Bagaimana pula orang no. 4
- dia nih bakal cikgu. dulu satu sekolah masa form 6. satu universiti gak. anak dia sgt tembam. comel sgt. skang dia nih tgh sambung study kat upsi. bakal cikgu katakan. best la dia dpt DPLI. aku jgk lom dpt2 jd cikgu. tp aku bahagia dgn life aku skang. hidup mesti enjoy. kahkah. kje kena ikhlas. tul tak kwn2?


12. Pesanan kepada orang no. 6
- maaf la, aku suka mengetag org yg sama. konpom mek kak x suka kan? bkn nk tmbah hutang tp saje je. xjwb pun xper la. kira halal la. haha. dia nih satu sekolah gak ngan aku dulu. dia dulu study kat um. subjek sastera dapat A. skang kje kat dewan bahasa dan pustaka. kalo dia pakai ayat2 best dlm berblog kira berbaloi-baloi le sbb dia org bahasa. haha. aku nih tidak sama sekali. bahasa pun tertunggeng. ye ke kak? kahkah....dulu dia jd wartawan sinar harian. name card yg dia kasi masih aku simpan. masa tuh dia ade assignment kat spital pakar perdana kb. that time aku jd kerani cabut kat restoran layang2 kb. dia dtg mkn kat situ. kalo xsilap dia order fresh oren. bersama dia masa tuh may be hubby dia skang. lupa wajah la. kahkah. gila aku nih. merapu tul.......maaf mek kak!!!

huh. nih saje gosip aku ttg rakan2 nih. sambil2 jwb tag leh ngumpat. hehe. nih mamasyaza lah ni...tnya gini. hehe. jgn marah kak. pe cite uum kak? windu arr..
Labels: 6 comments |
Reactions: 
mek da ©™
sekadar renungan bersama...

TANDA REZEKI TAK BERKAT.. ..

ISLAM memang menggalakkan umatnya memiliki harta yang banyak untuk menjamin anggota keluarga dan keturunannya agar sentiasa hidup senang bahagia.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Biarlah kamu mati meninggalkan harta untuk anak kamu. Ia adalah lebih baik daripada anak kamu meminta-minta kepada orang lain selepas kamu mati."

Namun, rezeki yang dimiliki perlu diperoleh daripada sumber halal, sejajar dengan maksud firman Allah: "Makanlah kamu daripada rezeki yang halal dan bersih." ? (Surah al-Baqarah, ayat 168)

Sehubungan itu, Islam melarang umatnya mencari rezeki dan memperoleh harta daripada sumber haram, seperti rasuah, mencuri, menipu, menganiaya dan melakukan kerja haram.

Antara tanda rezeki diperoleh tidak berkat ialah:

- Jiwa sentiasa tidak tenang walaupun memperoleh dan memiliki harta banyak dan bertimbun.

- Harta yang diperoleh menerusi jalan tidak baik mudah habis dan terhakis tanpa diduga dan tidak disedari.

- Berasa sombong dan tamak hingga bernafsu untuk menambah dan memiliki lebih banyak harta hingga tindak mementingkan ibadah.

- Berasa kedekut dan enggan bersedekah atau mengeluarkan zakat kerana menganggap perbuatan itu merugikan.

- Sering ditimpa bencana dan musibah yang tidak disedari. Ini kerana setiap perbuatan mungkar akan mendapat laknat daripada Allah.

- Ibadah tidak sempurna dan sukar menerima pendidikan terutama berkaitan agama.

Justeru itu, umat Islam harus merenung dan mengambil iktibar jika berlaku insiden yang terpaksa mengeluarkan wang seperti kereta atau motosikal baru rosak, alat elektrik di rumah tidak berfungsi, anak tiba-tiba sakit dan memerlukan rawatan yang memerlukan belanja yang tinggi, dompet, telefon bimbit dan barang kemas hilang atau kena kebas.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
Labels: 2 comments |
Reactions: 
mek da ©™

aik. nih sape? ok nih tetamu jemputan dlm entri aksi haikal kali ini. haha. ain sofea. anak sepupuku yg bermata bulat nihhhh...nih gmbar dia masa umur bape bln ntah.



tak lama lagi haikal dah nak masuk umur setahun. aku nih asyik tangguh jek nk publish aksi haikal 11 bulan. ekceli haikal skang susah tol nk bergambar. hehe. layankan aje gambar2 kat bwh haikal tgh berpoya-poya ngan ain smlm. huhu.



perkembangan terkini haikal 11 bulan:

1. dah berjalan dan berlari anak.
2. blaja bercakap
3. suka membuat bising dan kekecohan
4. kalo pegi kedai dh reti tunjuk ape yang dia suka dan menyebut " nak..."
5. marah dan nangis kalo benda yg dia suka main kita amik dari tangannya
6. mcm2 lagi le budak2 nih...hehe
Labels: 7 comments |
Reactions: 
mek da ©™


tahniah to nasurayani (kwn sekolah dulu ) kerana selamat melahirkan first baby. gegel tuh...mesti comei nih. hehe.



tahniah to kak as, my best friend coz dh meletup first baby boy. confirm nama faris amsyar neh.

berita ini direpot menerusi sms. sekian. selamat berpantang ye!
Labels: 2 comments |
Reactions: 
mek da ©™
ekceli, nk jawab tag. tp hati tgh hot. entri 2 dalam 1 ok.

amboi-amboi mamalieyna! haha.akak, balas dendam kat kite yek. banyaknya sampai 8 perkara nk kena bgatau tuuuu. hehe. ok le, dengarlah jawapan kite wahai tuan hamba.

Tag 8 perkara 'SAYA SEDANG':

1. isi form 'leave'. ekceli emergency leave sbb esk sabtu. patutnya saya kerja half day. pagi td pengasuh haikal bgtau yg dia kena pi sekolah daftar anak dia yang akan masuk darjah 1 next year. so, pening jap kepala saya nih. ye la..xkan saya xpaham lak..kesian gak kat pengasuh, dia pun ade urusan personal gak. mcm mn nih? agak2 bos kasi tak? xkan saya nak bawa haikal datang opis? adehh..buntu..hmm dpt kot lgpun esk saturday. just kje half day. ingat nk tinggalkan haikal kat sepupu tapi rasa cam xleh sbb konpom haikal melalak. dia bknnya nak ngan org lain. kesian gak...pastu pengasuh ckp boleh kalo tinggalkan kat anak lelaki dia yg umur 15 thn tuuu..ish..saya rasa cam xharap le. sbbnya aritu pun dh luka berdarah kat dahi. time tuh tgh main2 ngan budak nih la. budak2 katakan....bknnya leh harap sgt. hehe. emo ni....

2.tgh sakit hati. entah la. mlm td meroyan jap. call ma dan abah kat kg. ckp kpli tak panggil temuduga lagi. gagal lagi. pastu abah ckp, jgn dok mengharap yg tu. mintak yang lain. ma plak ckp, ko tak mintak ke mengajar kat sekolah swasta. jiran kat kg dh kje ngajar kat sekolah swasta kat KL. saya ngan lidah kelu menjawab...aa..mintak. (dlm hati... ma tak thu yg saya pernah dipanggil interbiu cikgu swasta tp saya tak g ).masa tuh saya tak bgtau pun ma sbb tak mau ma membebel. sbb ape ek saya tak mau g interbiu aritu? sila rujuk entri ini.

3.tetiba saya jd angin kat encik suami sbb dia tak suka saya membebel pasal kerja. ape2 yang saya tak puas hati mmg dia xsuka dengar. agaknya bingit telinga dia dgr saya membebel ni. td mlm saya bukak topic psl SPA form saya kena reniew lagi. baru 2-3 hari expired. then, saya warning kat dia dah la suh sepupu awk tu yang kata nk ejas itu ini. semuanya hamprak!! menyampah! dah 2-3 kali mintak no i/c la...mintak dokumen tu la. dokumen nih la...nk amik hati je. ekceli sepupu encik suami ni ade ayah angkat yg byk menolong dia. ayah angkat dia tuh bergelar datuk. datuk ape ntah. tp bukan datuk K la. sepupu encik suami nih dgn sepantas kilatnya dpt keje gomen. pastu kakak dia lak sepantas cahaya lak dapat cikgu KPLI. ngajar kat kelantan lak tuh...pastu kata nk ejas kat cek ni..saya tgk xde effect ape pun...semuanya tipu belaka. tuh yang saya bengang nih. bkn salahkan dia jgk. mmg lom rezeki saya. tp yg saya sakit hati. tiap kali jumpa mintak no ic. ape dia ingat dia tuh sape. berlagak ye. ingat!!! mulai sekarang, saya tak akan mintak advice dari datuk tuh lagi. saya dah tawar hati! datuk tuh ade kat KL/ putrajaya kalo tak silap. azam saya, kalo ade rezeki saya ade lah...from now, xnak mengarap kat sape2 lagi. sepupu2 yg dah berjaya bknnya leh tumpang. maklum takut kite lebih hebat dari dia. al-maklum, ko tuhh keje gomen pakai SPM je. tapi bila dh kje gomen..org pandang hebat la konon. blah la beb.

4.tgh makan kuih karipap ngan nescafe panas. kehkeh.

5.tgh gantikan tempat receptionist kat tingkat bawah sebab kwn saya nih sakit lak. dia dah kuar g klinik. MC agaknya. mcm2 hal bila kat depan pintu nih. mcm2 orang tnya itu ini. dah la hati tgh hot! sabar..sabar..moga kawanku cepat sihat yer cik jura cyg...eee..

6. tgh baca artikel pasal ' malam pertama'.artikel nih kawan saya yg print. haaaa..jgn salah sangka, bkn psl mlm pertama yg tuttttttt...nih ha...seram gak kisah2 malam pertama melihat kuburan, gelapnya kuburan, sempit dan dalamnya liang lahat, kengerian dan kedasyatan alam kubur. adehh...takut...

7. tgh pikir nk buat air ape utk disejukkan dlm peti ais opis nih. haaa..utk diminum lunch karan. haha. buat bagi sejuk dulu. kahkah. kat blkg tuh ade jus barli, limau nipis dan laici. mn satu nk buat nih. kehkeh.

8. tgh tunggu CEO ku masuk opis. nk suh sign leave form saya. cepat le masuk boss!!!
Labels: 6 comments |
Reactions: 
mek da ©™
klik kat gambar ini ok!!!



azam 2010...tak nak mengharap pada kerjaya ini lagi. bkn putus semangat, tapi bosan. fed-up. hari demi hari aku rasa bukan kerjaya ini yang sesuai dgn diriku. cewah....poyo. dlm hati...nak..nak..nak..!!

sape lom cek? cek kat sini ok?

semak panggilan temuduga kpli jan 2010

sedih :(
Labels: 5 comments |
Reactions: 
mek da ©™
hatiku berkata " aku tak nak beli ape2 nih, saje kuar jln waktu lunch hour. bosan dok opis"

jln punya jalan, tetiba nampak selipar murah kaler pink kat fabiano ricco. hmm...rembat jek la.

janji kaler pink. hehe. simple kan? leh la pakai buat g pasar beli ikan. haha.


yg nih satu lg. toner syahirah. mmg aku pakai brand nih. murah2 jek. td tak plan pun nk beli. tp terbeli jgk. tolong!!!

kalo aku tak kuar td duit yg ade dlm dompet leh pakai sampai hujung minggu nih. hehe. fuh jimattt...kahkah!
Labels: 9 comments |
Reactions: 
mek da ©™

xde ape nk cite pagi nih. just nk share gambar gedik hari ini. saje nk tepek dlm blog sbb ini blog aku punya album. muhahahaha.

kepada mummy esyraf, regarding to 'note utk mama pinky' (hehe),nape ek hang tak leh view blog da? sbbnya time da bukak xde problem tau. xpernah hang. da pun xtau nk wat cam ner. ade lagi tak sape2 yg problem nk view blog aku nih? pls bgtau le. maksud aku..cam hang ke.. hehe..just nk tau okihhhh...setakat nih aku sign in and view no problem. sowy ye mek kak! nati ku usahakan. eeee....
Labels: 2 comments |
Reactions: 
mek da ©™
setelah sekian lama tidak tag mengetag, rasanya nk jawab tag la plak. ekceli dah lama nk jawab, tapi tak jadi-jadi. segan la plak sebab nk kena tunjukkan workstation. haha. sungguh tak glamour beb! tapi cukup selesa. thanks boss. erkk..thanks god.

1.sila tunjukkan workstation anda


di sinilah tempat aku mencari rezeki seharian. huhu...


belakang tuh bilik CEO aku. dpn bilik dia adalah meja aku.


sorry tak sempat nk kemas sebelum snap. kehkeh.


my workstation

2.sila attachkan gambar anda hari ini dengan senyuman yang sungguh manis.


poyo tak?


berjaya tak hasil editanku. haha

3.sila nyatakan sesuatu yang rakan anda tidak tahu tentang anda.

dengan rendah diri aku memberitahu yang aku adalah...

- aku seorang yang sangat kreatif
- aku sukakan benda yang kiut-miut
- aku suka kaler pink, purple, biru, merah dan itam
- aku suka kumpul benda yang kiut dan comel2 gitu
- aku tak suka bermekap
- aku suka mkn pisang berangan kahkahkah!!!

4.sila tag rakan-rakan anda.

bab nih paling suka. sbbnya nk tambah hutang korang.haha.

i. mamalieyna
ii. mummy esyraf
iii. elissmie
iv.nafiRaa
v. ladyBEErd

jawab la sayang oii....

semoga entri ini boleh dijadikan sebagai kenang kenangan apabila aku berhijrah ke tempat lain nanti. bila tuh? ke mana? tunggu.........
Labels: 12 comments |
Reactions: 
mek da ©™
sedar tak sedar, hari ni genap setahun pemergian arwah atokku yg senang ku panggil tok cik. mengimbas peristiwa tahun lepas, arwah sakit tenat ketika aku pulang ke kampung bagi persediaan melahirkan haikal. arwah tidak mempunyai apa-apa penyakit kronik, cuma sakit tua. umurnya pada masa tuh lebih kurang 90 tahun.

arwah meninggal tatkala aku meniti hari menunggu saat-saat kelahiran haikal. bagi aku, haikal lah pengganti. seorang pergi, seorang diganti. patutnya tarikh itu dijangka utk aku melahirkan haikal, tetapi tarikh itu tok cik kembali ke rahmatullah. tuhan itu maha adil bukan?

sedih bila mengenangkan arwah tidak sempat melihat haikal wujud di muka bumi ini. hanya sempat melihat aku membawa perot yang memboyot aje. kalau tidak, sudah tentu dia senang bergurau senda dengan haikal kerana dia terlalu menghiburkan!

hari ini aku terlalu merindui arwah kerana mengingati suatu masa dulu aku pernah dijaga oleh arwah. dia lah yang menghantar aku ke sekolah, menjaga makan minum aku. sangat sedih.

semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas rohmu.
al-fatihah.
Labels: 3 comments |
Reactions: 
mek da ©™
terkilan sbb pasukan kelantan tewas di tangan negeri sembilan. hohoho. beberapa jam sebelum perlawanan berlangsung, encik suami siap g beli antena tv yg baru lagi semata-mata nk bagi tv klear. al maklum tv1 kat umah aku nih kureng sikit tahap kekelearannya. hehe. plak tuh pasang antena dlm hujan kena panjat2 lagi. begitu bersemangat nampaknya. tak leh g bukit jalil pun xper lah...kalah jua...haha. cik ladybeerd semangat ye anda. siap snap2 kat bukit jalil lg tuhh...bagus!!! ko ker yg baling mercun tuh haaa..erkkk...kerusi ko ker yg kena bakar tuh haaaaaa...sabo jek la...

ok mari kita snap gambar encik suami yg sedang kusyuk tengok bola kat tv. hmmm...dia tak tau aku amik gambar nih tau. jgn la dia bukak blog aku. tolong!!!! nati cek kena marah huhuhu...see..dia pakai baju merah putih. kahkahkah! haikal tgh landing kat depan tuh...ok la sambil tgk bola sambil dodoikan anak ye bang. ekekekeke...ops sila abaikan drumstick nya itu!


nih plak menu tengok bola yg di request oleh encik suami. teh tarik panas sama wedges goreng. ngap ngap sambil tengok bola.



haikal tdo lena semasa perlawanan berlangsung. kalah jugak akhirnya. tido macam haikal lagi bagus daaaaaaa....


zzzzzzzzzz....keciwa...keciwa...kalah jua...
Labels: 6 comments |
Reactions: 
mek da ©™

perkembangan haikal skang, mulut sgt bising ketika bermain-main. hehe. cot cet cot cet mcm anak burung. mcm chef wan pun ade. haha. tp entah bahasa ape yg digunakan. nk kata sepanyol tak jugak. yg paling clean and clear ialah bila kehausan nak susu. dia akan sebut " nak, nak... " sambil tunjukkan jarinya pada something yg dia nak. pastu " kakah...kakah.." ape aje la. " mama...mama..." tu mmg dh lama leh sebut.
Labels: 2 comments |
Reactions: 
mek da ©™

" jgn degil tau, mama ckp jgn main benda tuh jgn main lerrrrrr....eyyyyy"


majuk la kunun, pegang bantal mucuk...sgt busuk...hehe...


over la plak...bangun cepat!!!
Labels: 6 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Olek... olek olek olek....
Sumbat gol.. sumbat gol..

Kito anok Kelate
Bako ore berani
Bilo masuk padey
Kito gomo sengoti
Kito gomo sengoti

gud luck to pasukan kelate piala malaysia 2009.
Labels: 6 comments |
Reactions: 
mek da ©™
korang!!!


template ini sentiasa di hati

aku nih kan, setiap hari cari template utk blog nih. tp xtukar2. perlukah aku menukarnya? ekceli aku sgt cyg ngan template lama nih. cari punya cari lom jumpa yg berkenan di hati kecuali yg nih. selain blog nih, aku ade lg beberapa bijik blog. tp aku tak publish. kalo ade template yg aku suka gile, aku akan pakaikan kat blog2 tuh. bkn blog utama ku ini. hikhik. hmm..kat blog2 tuh, xde pun entri. saje gatal register. wah laweii...

perlukah wei? kalo perlu, yg jenis mcm mn sesuai ngan jiwa aku nih. haha. sgt poyo soalan ini. aku thu, ramai jgk yg pakai template cam ni. sejibik.
kalo tak silap, dah 6 bulan aku guna template ni. ( bosan pun ade )

komen la sikit wahai kawanku yg rupawan. kahkah.

perlukah?
Labels: 7 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Mek Da the Foodie Blogger. Segala apa yang tercatat dalam blog ini adalah hak milik peribadi saya. Terima kasih kerana mengikuti catatan saya. I love to capture what i eat, cooking and also what i see around me for my own memories.
Labels: 27 comments |
Reactions: 
mek da ©™


hari ni aku nk promote blog kawanku. leh tak? setelah dipersetujui oleh kawanku,dgn ayat nih:

" nati kata nk promote kt saper2 pon, dipersilakan...
buat tayangan perdana nanti.." haha...ko sindir aku yerrr...

setelah dihasut olehku, akhirnya bina dgn rasminya terjebak ke kancah blog. hehe. bina bakal cikgu. tgh study DPLI skang. best la kooo...aku jgk cam ni. hehe. dulu bina kje kat opis aku sebagai engineer project. ape pun gud luck bina. sekejap bersama, memori tercipta.

sudilah kiranya menjejaki blog bina nih ok.

bina, nati jgn lupa ko coretkan kisah liku-liku kehidupan seorang cikgu. akak nih cikgi jer.wakaka!
Labels: 1 comments |
Reactions: 
mek da ©™
" tolong la bagi aku mood untuk menghapdet blog "... hehe. nih biasa ayat yg aku selalu baca dari blog korang. nk tiru ayat nih boleh ngak? huhu.

paginya, aku menjalankan kewajipan seperti biasa sebagai seorang isteri dan ibu. perghhh... ayat gila power. pekena roti telor sebijik utk sarapan. sambil nonton nasi lemak kopi O tv9. wajib ko. aku suka. sambil melayan karenah haikal. kejap g dapur, kejap g bilik, kejap g toilet...penat gue...tlggg...pastu bila kita tak kasi ape yg dia nak, mula la buat muka.




petangnya, kuar g carrefour cari barang dapur. cari drypers haikal. xkan drypers aku kot. pastu decide beli susu jenama X yg aku plan nk bg kat haikal. jenama X? wah wah wah nati la aku bgtau kemudian. hehe. susu yg lg murah daripada snow. hihi. skang nk try kasi kat haikal. xtau la si kecik tuh nak minum ke tak nih. lom kasi lagi. kalo dia suka, ok ler. bajet pun save. eyyy...jahatnya. yg penting semak label dulu ok.

malamnya, g gak merayap ke pasar malam. ekceli kalo malas masak g jek pasar malam. awl bulan malas la masak ye. tp smlm aku masak tau. kari ayam jek. cuma ptgnya tak msk. ape yg aku bebelkan nih haaa...xde cite hot le. suka hati la. aku punya blog kan.

gambar? tak amik byk le. xde mood. walaupun semalam haikal segak bergaya ngan baju comando, tak diambil plak aksinya itu. hahaha. haikal pun cam xde mood. ngantuk. muka masam jek. xnak berposing sgt le.

Labels: 2 comments |
Reactions: